Lagu :)

14 March 2019

PILIHAN UPU DAN UJIAN MEDSI DI UTHM

Assalamualaikum, hai semua, baiklah pada hari ini aku nak cerita dengan korang semua serba sedikit perjalanan bagaimana aku boleh dapat kos Bacelor Pendidikan Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama (PBMP) di UPM. Pada awalnya masa isi borang UPU tu, selain daripada UPM, aku isi UTM dan UPSI. Ni antara 3 kedudukan teratas dalam senarai pemilihan universiti yang aku pilih. Tapi aku selalu tukar-tukar sama ada UTM dulu atau UKM dulu. Selain tu, aku ada juga isi UM, USM secara online yang bayar rm40 kalau tak silap. Kalau yang UTM tu aku isi borang secara kemasukan terus melalui seorang cikgu form six. Dia kata borang tu untuk anak johor. Walaupun aku bukan ic 01 tapi sebab dah menetap lama dekat johor jadi dah boleh lah juga isi.

Tak lama lepastu, aku pergi rumah cikgu bahasa melayu dengan sorang kawan nama dia Atul. Aku minta cikgu bagi tunjuk ajar mana yang lebih sesuai untuk aku isi dan dari segi top 3 yang aku pilih awal-awal tu. Atas nasihat daripada Cikgu Shikin dia suruh aku letak bidang perguruan sebagai pilihan teratas. Pilihan pertama UPM, pillihan kedua UPSI Pendidikan Bahasa Melayu, pilihan ketiga UTM Human Development. Cikgu kata awak ambil cikgu la Nadia. Hahaha masa ni aku yakin tak yakin je nak ambil pendidikan. Tapi disebabkan Cikgu Shikin jugaklah buatkan hati aku tergerak nak jadi seorang guru.

Alhamdulillah, berkat doa mak, ayah, adik-beradik, kawan-kawan akhirnya aku dapat juga panggilan untuk ujian medsi. Ujian medsi ni ujian kelayakan sebelum nak jadi seorang guru. Kira macam ujian tapisan bagi seseorang itu betul-betul layak atau tidak menjadi seorang guru. Pasal ujian medsi ni, pertama kali aku dengar dalam seumur hidup aku masa tu. Masa tu tak tahu nak rujuk siapa, pasal nak jawab ujian Medsi. Maka dengan berbekalkan internet percuma dekat tempat kerja. Aku pun cari lah cara-cara nak jawab ujian ni. Dalam 2 hari sebelum nak jawab ujian tu aku dapatlah tahu juga serba sedikit cara-cara nak jawab ujian tu.

Aku siap kautim dengan kawan-kawan kerja masa hari kejadian tu yang aku boleh cuti. Terima kasih kepada Isha dan Fiona sebab bagi kakak mu cuti pada hari berkenaan. Kebetulan kedai yang aku kerja ni senang nak dapat cuti sebab takde manager yang jaga, kalau ada pun manager aku akan datang 2 hari je dalam sebulan dan aku yang kena jaga kedai aka 'assistant' lah kononya. Padahal gaji aku sama je sebagai promoter wakakaakaka. Tapi sebab dah tiada yang lebih tua dalam kedai tu. Jadi akulah ketua yang susun jadual kerja dan aku jugak sebagai 'promoter'. Jadi berkenaan cuti memang takde masalah cuma jangan suka suka cutilah.

Sehari sebelum nak pergi ujian Medsi aku kerja morning jadi dapat lah balik dalam pukul 7 malam. Kononnya malam tu aku boleh la ulang kaji sikit macam mana nak jawab ujian tu. Tapi disebabkan kepenatan, balik tu dapatlah ulang kaji sikit je lepastu terus tidur sebab tahu esoknya tu aku kena bangun awal. Rumah aku dengan UTHM pula dalam 2 jam perjalanan. Aku dapat sesi petang jadi tak kelam kabut sangat tapi tu pun gerak awal dari rumah sebab taknak jam. Lagi satu aku punya ujian tu diadakan lepas zuhur dalam pukul 2 petang. Jadi ayah ambil inisiatif untuk kami bergerak awal dalam pukul 10 pagi dan singgah rumah makcik dulu sementara tunggu azan zuhur. Lepas je solat zuhur boleh terus bergerak ke UTHM. Masa tu bukan aku seorang je pergi, mak, ayah sekali ikut hahaha sebab dorang punyalah nak temankan aku sangat. Sebabnya waktu aku ambil ujian Medsi tu, takda kawan yang dapat sama waktu dengan aku.

Selain itu, mak kata takpelah mak sanggup cuti sebab nanti dekat luar bilik ujian tu dia nak doakan anak dia. Wahhh rasa terharu sangat tau. Lepastu, part yang paling cemas kami terlajak simpang ke UTHM. Terpaksa kena patah balik 'Jah Oi'. Dah la masa nak u-turn tu traffic light bukan main lama lagi. Tapi nasib baik aku dapat sampai ke bilik ujian tu betul-betul 5 minit sebelum ujian tu bermula. Waktu cari bilik tu kelam kabut juga sebabnya kau sorang je waktu tu berjalan ke hulu ke hilir. Nasib jumpa, berkat aku tanya sorang makcik ni. Terima kasih makcik jasamu memang akan ku kenang sampai bila-bila :)

Rupanya masuk masuk tu je penjaga ujian Medsi dah suruh kita cari tempat duduk yang kosong dan suruh letakkan slip kemasukan ujian di bahagian tepi meja. Tanpa berbual dengan rakan sebelah dia suruh terus jawab soalan Ujian Medsi selama 1 jam dalam beratus juga soalan aku rasa.


Tips nak jawab Ujian Medsi :



1. Jawab dengan jujur
Contoh soalan: Kamu pernah menipu?
Jawab: Pernah (sebab tipulah kita tak pernah menipu kan seumur hidup kita, ni tak

kisah la tipu betul @ tipu sunat sekali pun):laughing:


2. Jawab pilihan jawapan sama ada sangat setuju atau sangat tidak setuju.
Jangan jawab setuju, tidak setuju atau tidak pasti. Ini supaya pihak Medsi boleh nampak kita punya tahap keyakinan dalam menjawab soalan. Ingat tu !

3. Jawab secepat mungkin.
Jangan tangguh. Jawab je tak payah nak toleh kiri kanan. Walaupun sebenarnya
kau boleh tengok sebab calon lain memang akan duduk dekat sebelah kita dan kita
boleh nampak jawapan dia. Takpayah tengok atau meniru sebab memang tidak
dibenarkan meniru.

4. Jawab dengan yakin dan jangan teragak-agak.

5. Zikir dan selawat dalam hati.
Masa jawab soalan baca selawat. Lepas jawab ucap Alhamdulillah.

6. Doa sebelum, selepas ujian secara konsisten.
Minta orang di sekeliling kita doakan kejayaan kita juga. Maafkan orang lain.

7. Solat Dhuha, Taubat, Hajat, Tahajjud, Witir

8. Tawakal