Lagu :)

10 August 2019

Temuduga Biasiswa Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia



Assalamualaikum w.b.t,

Harini Nadia nak share pasal 'Temuduga Biasiswa Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia'. Macam mana nak mohon?. Bagi melayakkan anda ditemuduga sebagai salah seorang calon, anda dikehendaki untuk mengisi borang Biasiswa Pendidikan KPM terlebih dahulu untuk tujuan permohonan sebelum  anda layak dipilih untuk ke ujian berikutnya (iaitu temuduga yang akan diadakan di IPG kebiasaannya). Kena rajin-rajin pergi laman web KPM. Nadia pula kebetulan ada rakan sekelas yang kongsi kalau tidak, tak tahu juga ada kewujudan badan biasiswa bagi kos pendidikan. Kebiasaannya permohonan akan dibuka pada bulan April atau Mei, kalau Nadia tak silap. Kelayakan pemohon mestilah mendapat pointer 3.5 ke atas dan ibu bapa berpendapatan tidak melebihi rm5000 lebih kurang.

Bagi temuduga BPKPM ni mengandungi tiga bahagian.

1) Ujian UKCG
2) Ujian Kecergasan Fizikal
3) Temuduga Formal

Nadia dapat panggilan temuduga ni masa bulan Ogos sewaktu cuti semester. Persiapan yang Nadia buat ialah menyusun sijil mengikut format yang dikehendaki, membaca serba sedikit tentang isu semasa pendidikan, habiskan baca buku ‘Cikgu Bukan Ultraman’ dan turunkan berat badan untuk capai berat normal (cuma ni tak berapa berjaya, Hahaha). Mungkin sebab Nadia kerja part time waktu tu dan berdiri selama 8 jam lepastu cepat lapar, susah nak kawal makan sebenarnya. Masa ni berat dalam 49kg. Tapi Alhamdulillah nasib baik lepas juga BMI normal sebab Nadia ni rendah je orangnya. Sekarang ni pula senang nak turun cuma bila balik UPM mesti akan naik balik, sebab dekat sana makan tak menentu.

Baiklah berbalik kepada cerita asal.

 1) Ujian UKCG terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama kena jawab dalam masa 30 minit. Bahagian kedua kena jawab dalam masa 15 minit.

Bahagian pertama ada 3 atau 4 piihan jawapan sama ada Ya, Tidak, Tidak pasti lagi 1 tu Nadia lupa sebab dah terlalu lama. Hehe. Bahagian pertama banyak soalan tentang diri kita sama ada kita ni waras atau tidak, dan ada juga soalan-soalan yang mengarah kepada perlakuan sebagai seorang guru. Bahagian pertama juga kena jawab dalam berapa puluhan soalan hampir 100 atau kurang daripada itu.

Bahagian kedua pula sama juga seperti bahagian pertama dari segi pilihan jawapan. Tetapi bahagian kedua ni soalan dia lebih sukar dan lebih kepada memerangkap kita, kerana ada pilihan jawapan tidak sama sekali.  Soalan yang perlu dijawab pula lebih kurang 50 atau lebih.

2) UKF (Ujian Kecergasan Fizikal)
·      Timbang berat badan
·      Jangkauan melunjur
·      Bangkit tubi 
·      Ujian Ketegangan Urat (5 Jenis)
·      Bleep Test (larian ulang alik)

3   3) Temuduga (Ikut kepada jadual yang diberi Nadia punya temuduga selepas ujian kecergasan fizikal, bawalah juga baju kurung untuk tukar masa temuduga) (Sebab ada je yang temuduga dulu baru UKF).

Rupanya semasa taklimat pagi itu, sudah diberitahu tak payah tukar baju tetapi ramai pula yang masih nak tukar baju. Jadi Nadia pun tukar baju kepada baju kurung. Walaupun hakikatnya, badan dah berpeluh-peluh sebab UKF lepastu terus tukar kepada baju kurung. Memang tidak selesa sebenarnya. Tapi redo jelahh.

Sementara menunggu, kami dikehendaki untuk menjawab esei sebanyak lebih kurang 100 patah perkataan. Soalan esei lebih kurang berbunyi macam kenapa kamu perlukan biasiswa. Dan kalau terpilih apa yang hendak kamu lakukan?. Nadia hanya jawab mengikut kehendak hati yang mana terzahir begitu jugalah yang Nadia coretkan di dalam kertas.

Semasa temuduga dijalankan terdapat lebih kurang 8 atau 7 orang dalam 1 bilik. Antara soalan-soalan yang diajukan ialah:

·   Perkenalkan diri
·   Kenapa perlu adanya UKF
·   Apakah personaliti yang melayakkan anda sebagai seorang guru dan seterusnya sebagai pemegang biasiswa
·   Apa yang perlu anda lakukan untuk mengatasi masalah guru yang……..
·   Kenapa kami patut memilih anda sebagai pemegang biasiswa

Pada sesi kedua, kami dikehendaki untuk melakukan perbincangan sesama ahli kumpulan berdasarkan pemilihan sampul yang mengandungi soalan berkaitan kaedah pengajaran dan sistem pendidikan di Malaysia. Pada waktu tu, kami dapat soalan berkaitan ‘Pengajaran Kreatif dan Inovatif’ lebih kurang macam tu soalannya berbunyi. Dia ada terma khusus tapi Nadia lupa apa namanya. Perbincangan diadakan lebih kurang selama kurang daripada 10 minit.

Keseluruhan waktu sesi temuduga ialah selama 40 minit lebih kurang. Lama bukan. Nak jadikan cerita pula sewaktu soalan kedua diajukan. Kami terpaksa menjawab soalan dalam keadaan kipas dan lampu terpadam. Memang gelap dalam tu. Muka penemuduga pun kelihatan samar-samar sahaja. Panas pun jangan cakap la bercampur baur dengan perasaan berdebar lagi, memang kami semua berpeluh-peluh dalam tu.

Alhamdulillah selesai juga sesi temuduga biasiswa pendidikan. Terasa lega sangat dan pada masa yang sama Nadia rasa letih sangat. Sebab temuduga tamat dalam pukul 2.00-2.15 petang macam tu. Rasa pening, loya mungkin sebab perut dah masuk angin. Walaupun pagi tu dah minum roti memang tak cukup. Balik tu juga badan semua sakit dan berjaya tidur dengan lena sekali.

Sewaktu nak semak keputusan tu memang berdebar sangat. Walaupun Nadia rasa harapan tu sangat tipis sebab Nadia banyak buat kesilapan sewaktu UKCG ada bahagian yang Nadia tak sempat jawab. Begitu juga dengan Bleep Test tak berapa nak capai nilai yang sepatutnya. Tapi Ayah dengan Mak selalu cakap kalau ada rezeki dapatlah. InshaAllah. Alhamdulillah itu semua rezeki.

Yang mana bakal menghadiri temuduga biasiswa bersiap sedialah apa yang perlu. Berusaha sehabis baik yang selebihnya doa dan tawakal. Jangan tak datang. Sila hadiri temuduga ni mana tahu rezeki Allah nak bagi. Semoga dipermudahkan segalanya…


       *Maafkan Nadia ye sebab ada beberapa bahagian yang Nadia lupa sebab ambil masa yang lama sangat nak tulis blog ni. Mana taknya temuduga tu pun dah berlaku pada Ogos 2018. Boleh dikatakan genap setahun baru ada masa nak menulis. Hehe. Mana yang terkurang tu atau tersalah maklumat korang boleh betulkan dan komen di bawah. Terimaa kasihh. 



        

8 August 2019

Temuduga Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu di UPM, Serdang

Assalamualaikum w.b.t,

       Tahun 2016, ketika hari kedua atau ketiga (tak ingat sangat sebab dah lama, maaf) umat islam sedang berpuasa. Nadia dapat panggilan temuduga di UPM. Kiranya Nadia lulus Medsi haritu. Alhamdulillah, syukur. Mak dengan ayah yang selalu dorong Nadia suruh pergi juga. Walaupun hakikatnya Nadia rasa masih ragu-ragu waktu tu nak pergi atau tidak. Tapi mak pesan, kita belum cuba belum tahu, mana tahu rezeki kita dekat situ. Dalam hati aku ye tak iya juga eh. Maka aku pun gagahkan diri juga membuat persiapan dari segi mental dan fizikal. Masa tu Nadia masih lagi bekerja part time untuk cari duit poket la katakan sebelum nak masuk universiti. Maka, hari-hariku dengan berbekalkan internet percuma di kedai, aku godeh di google semua kisah tentang temuduga kos pendidikan. 

       Masa tu, tak ada kawan yang dapat saing untuk pergi ke temuduga ni. Jadi hanya usaha dan tawakal sahaja moga ada rezekinya di situ. Seawal 5 pagi dah bangun siap-siap bawa sijil dan berbaju kurung, mata hanya tuhan sahaja yang tahu. Memang mengantuk sebab semalamnya Nadia masih lagi kerja. Dapat cuti 1 hari sahaja untuk pergi temuduga ni. Untung masa tu abang ipar nak tolong drivekan kereta, ditemani kakak, mak, ayah. Semua nak ikut untuk bagi semangat.

       Sepanjang perjalanan tu sudah semestinya Nadia tidur. Hehe. Akibat penat sangat yelah seminggu kerja satu hari je cuti. Dalam kepala otak masa tu ada la ingat sikit-sikit soalan-soalan yang akan ditanya. Nadia dapat temuduga waktu petang pukul 2. Tak ada singgah mana pun singah terus masjid UPM untuk solat disitu, lepastu terus pergi ke DKAP berhampiran dengan Fakulti Pengajian Pendidikan. Mula-mula je masuk kawasan UPM wahh rasa kagum, excited semua ada yelah baru 1st time masuk ke kawasan universiti awam. Masa ni lupa la pula nak ambil gambar. Kalau tak boleh dijadikan kenang-kenangan. *Tapi Nadia memang jenis tak suka ambil gambar sangat, jadi kalau lupa ambil gambar sendiri itu perkara normal*. Sejak dah belajar dekat UPM jumpa kawan-kawan yang rajin bergambar maka secara tidak langsung ada la juga minat nak bergambar. 

          Masuk je kawasan DKAP tu dah nampak ramai orang di kaunter pertanyaan. Masa ni dia dah sediakan senarai nama jadi kita kena ikut senarai nama sekian..sekian akan ditemuduga di bilik yang mana. Masa ni terjumpa Dayah rakan sekelas sekarang di UPM. Sebelum masuk ke bilik yang diarahkan Nadia tunggu dulu di luar bersama-sama calon temuduga yang lain. Masa ni pula terjumpa dengan Kak Sillah yang juga merupakan rakan sekelas Nadia sekarang di UPM. Kemudian, sebelah kanan dan kiri Nadia semasa duduk di luar bilik menunggu masing-masing mempunyai pointer yang tinggi dan ada sijil tebal-tebal malah ada yang sampai 2 dokumen. Yang aku pulak hanya 1 dokumen, rasa insecure je masa tu. Masa ni juga dah baca selawat banyak-banyak dalam hati dengan doa Nabi Yunus a.s iaitu Lailla Anta Subhanaka Inni Kuntum Minazzolimin. Dengar juga cerita dorang ni pun dapat temuduga di UPSI wahhh untungkan. Dapat dua tawaran temuduga dan lagi sorang pula dapat tiga  tawaran temuduga termasuk USM.

           Mereka pun ada tunjukkan transkrip akademik yang dorang dah siapkan. Perghhh ni satu hal aku tak tahu. Rupanya kena buat satu transkrip akademik. Masa ni muka dah cuak dah. Bukan tu je, dorang ni semua dah pakai nametag, kasut hitam bertumit. Aku pula pakai kasut coklat tak bertumit sangat, lepastu tak pakai nametag. Memang buat pasal betul. Dengar-dengar cerita juga rupanya dorang dah dapat tahu prosedur untuk menjalani temuduga ni menerusi group Whatsapp dan ada juga yang kenal daripada Facebook. Hebat tak hebat depa punya geng ni. Hehe. Masa ni dah tawakal jelah. Ada rezeki adalah....

           Seterusnya, giliran kami semua untuk masuk ke bilik menunggu. Nama Nadia disebut sebagai orang yang ketiga untuk dipanggil temuduga. Nadia pun keluar. Kebetulan sebelum nak masuk ke bilik temuduga tu, keluar pula seorang perempuan dari bilik sebelah dengan muka yang sedih dan mengalirkan air mata. Dalam hati aku, ah sudahhhhh. Ada yang tak kena ke ni?.  Nadia pun teruskan misi ke bilik temuduga, memulas tombol pintu dan masuk dengan disertai senyuman dan salam. Di sebelah kanan seorang wanita yang memakai purdah iaitu Dr Suria dan di sebelah kiri Dr Tajul. Bila diarahkan suruh duduk aku pun duduk dengan sopan santunnya. Ewahhhh. 

           Soalan demi soalan yang ditanyakan, jeng, jeng, jeng, (soalannya adalah lebih kurang berbunyi sedemikian, sebab dah lama Nadia pun hanya ingat intinya sahaja) : 

1. Perkenalkan diri awak.

Nadia bagitau nama penuh,tingal di mana, lulusan apa, dan mempunyai berapa orang adik-beradik serta hobi.

2. Hobi suka membaca novel jadi awak pernah baca novel sekian, sekian... la? -Dr Suria

Alamak, tak pernah baca la itu novel. Haiyok tak tahu!. Maka aku pun terangkan yang aku suka baca novel bukan genre fiksyen tapi lebih kepada novel perubatan, pendidikan dan juga islamik. Jawapan selamat hehe. Nasib baik sempat fikir apa nak cakap. Tapi aku memang suka semua novel atau buku yang berasaskan perubatan macam Dr. Anwar Faizal dan banyak lagi juga karya ustaz muda serta cikgu yang sudah berpengalaman mengajar selama bertahun-tahun.

3. Macam mana awak nak tarik orang muda di kawasan luar bandar untuk belajar tentang bahasa Melayu? -Dr Suria

Aku pun jawab dengan mengadakan kempen, ceramah, program serta aktiviti-aktiviti seperti permainan bahasa yang mampu menarik minat perhatian orang muda terutamanya untuk mempelajari Bahasa Melayu. Memastikan aktiviti yang diadakan itu menarik, bermanfaat serta berilmu untuk penduduk di kawasan luar bandar. (Yang pasal kempen, ceramah, program semua tu aku ingat yang Cikgu Maslina ajar waktu aku tingkatan 5, kalau karangan suruh bagi cadangan maka jawab je macam tu, aku pun jadi terikut sampai sekarang, banyak lagi kata kunci dia ajar tapi aku dah lupa hehe).

4. Awak tahu nama dekan Fakulti Pengajian Pendidikan? -Dr Suria

Maaf saya tidak tahu, sebab saya cuba cari di laman web fakulti tetapi tidak menjumpainya. Saya hanya ingat nama Canselor UPM sahaja. Hehe. (Dr Suria dan Dr Tajul macam nak gelak dah tapi mereka tahan sahaja).


5. Siapa nama Canselor UPM? -Dr Suria

Dengan sekali lafaz, aku sebut nama beliau yang panjang lebar tu berserta gelaran sekali. 

6. Boleh awak lakonkan watak seorang buta yang marah kepada Tuhan kerana menjadikan dia buta?-Dr Suria & Dr Tajul.

Boleh saya berdiri? -Dr Tajul, Dr Suria pun mempersilakan.
Buat pertama kali dalam sejarah hidup aku berlakon. Sayang cuma tak ambil video je. Bila ingat balik rasa nak gelak pun ada. Mana taknya. Aku pun berdiri, berjalan ke depan, sambil tangan meraba-raba ke kanan dan kiri seperti orang hilang arah, dan kemudian menjerit.

Ya Allah, kenapa kau buat aku buta!, Sedangkan aku teringin sangat nak lihat awan yang berwarna biru!. Aku.... (lupa apa yang aku merapu). 

(Dah la berlakon masa bulan puasa, berlakon watak marah kepada Tuhan adalah agak awkward disitu. Hehe nasib baik tak keluar bukan-bukan. Istighfar, rasa berdosa kejap hehe. Tapi aku niat hanya untuk dijadikan pengajaran sahaja

7. Awak ni buta akibat accident atau buta sejak lahir? -Dr.Suria

Hmm accident. (Haha, aku gelak dalam hati je).

8. Kalau saya hantar awak belajar di UPM Bintulu awak nak? -Dr Tajul
(Soalan ni saja je nak psiko kita, maka kita sebagai yang ditemuduga harus bijak dan mengatakan yang awak sanggup berserta dengan muka confident itu penting!)

Nak. Boleh saya sanggup.

9. Awak kan anak bongsu nanti mesti nangis nak balik pula, kesian dia. -Dr Suria

Jangan risau saya tak apa-apa saya okay je. (Walhal aku memang okay je sebab masa ni jiwa tengah muda lagi, memang aku sukakan cabaran waktu tu, jadi bila tanya apa-apa pun mesti jawapannya sanggup).

(Lagi 1 aku rasa, aku yang kena tipu hehe sebab kampus UPM di Bintulu katanya hanya ada Diploma betul ke? sampai sekarang pun aku tak pasti. Tapi rasanya betul. Jadi aku sebenarnya sedang diasak sahaja dengan soalan-soalan sedemikian supaya pihak penemuduga dapat melihat ketahanan diri kita yang sebenarnya).

10. What is meaning 'blue' to you? -Dr. Tajul

Dr tanya soalan macam tu mungkin sebab dia tengok aku pakai tudung biru. Baju pink cair, bunga baju kurung pula warna biru. Kan dah mendapat soalan tu. Hehe. Nasib baik Dr tanya soalan macam tu, buatnya dia tanya pasal benda lain dalam bahasa Inggeris aku nak jawab apa. Hahahaha.

Aku pun belasah je jawab. Blue is fun, its make me calm, cool tah apa apa aku jawab lagi tapi tak lama pun. Kejap je.

11. Terima kasih kerana datang, selamat berpuasa, ada rezeki nanti awak dapat la ye.-Dr Suria & Dr Tajul

Aku pun salam Dr Suria dan ucapkan terima kasih dan selamat berpuasa kepada mereka. 

Fuhhh rasa lega gila dah habis. Aku pun terus turun bawah masuk kereta, mak aku cakap eh sekejap nya. Mana taknya, kalau aku dah giliran yang ketiga, mestilah turbo perginya. Hehe. Lepastu terus berdesup pergi ke jalan tar almaklumla ada bazar raya dekat situ.

Sedikit nasihat daripada seorang Nadia mengenai apa-apa jenis temuduga pun yang bakal anda hadapi:

1. Mesti cari maklumat terlebih dahulu. Mungkin lebih afdal cari orang yang sama nak pergi ke temuduga tersebut. Atau cari orang yang berpengalaman mengenai temuduga yang anda bakal hadiri, atau cari sebarang group Whatsapp atau Facebook yang mungkin ada kumpulan tertentu yang bentuk sebuah kumpulan untuk memudahkan perkongsian, maklumat tambahan dan juga info penting.

2. Pakai pakaian yang kemas, tidak terlalu menonjol. Jika pakai warna plain adalah lagi bagus. Lagi bertambah formal.

3. Ingat semua perkara penting atau jawapan-jawapan kepada soalan-soalan HOTS yang boleh penemuduga bertanyakan kepada kita.

4. Jawab dengan confident bukan over confident. Tapi dalam masa yang sama tetap relaks dan cool. Kalau tak tahu nak jawab apa, katakan sahaja minta maaf saya tidak tahu, atau lebih baik saya kurang tahu tentang hal itu tapi saya lebih tahu tentang....Jadi penemuduga tak ada la nak bagi kosong terus, kita akan dapat juga at least 1 poin penting yang boleh kita ajukan. Yang mungkin lebih kurang kepada persoalan yang diajukan kepada kita.

5. Banyakkan membaca tentang isu semasa. Kalau sedang temuduga tentang pendidikan pastikan anda tahu juga serba sedikit tentang isu yang sedang berbangkit berkaitan dunia pendidikan. Baca suratkhabar, buku pengetahuan ilmiah yang berkaitan. Jadi bila suruh diberikan pendapat atau cadangan kita boleh juga memetik kata-kata seseorang yang tokoh yang terkenal dalam bidang tersebut. Atau mungkin mengingat data atau peratusan tentang sesuatu kajian oleh seorang penyelidik. (Barulah penemuduga akan nampak bahawa kita sememangnya bersedia dan suka menambah ilmu pengetahuan).

6. Tunjukkan minat kepada setiap soalan yang diajukan.

7. Jangan duduk selagi tidak disuruh atau minta izin sebelum nak duduk di atas kerusi.

8. Sentiasa tersenyum. 

9. Tetap hadir ke temuduga. Sebab mana tahu itu merupakan rezeki kita. Walaupun rasa macam masih belum bersedia. Tapi kita nak tunggu sampai bila. Itu semua kuasa Allah. Mungkin itu merupakan masa yang sesuai buat kita dan kita pula yang terpilih pada masa tu. Mana tahu. 

10. Usaha, doa, tawakal dan restu daripada mak, ayah, suami/ isteri jika sudah berkahwin, ahli keluarga, sahabat. 


Bye. Semoga bermanfaat buat kalian :)

7 August 2019

Musa vs Firaun karya Amanullah Halim

Assalamualaikum w.b.t,

Baiklah harini Nadia nak ulas serba sedikit tentang buku 'Musa vs Firaun' karya Amanullah Halim. Ini pertama kali Nadia beli karya Amanullah Halim selalunya kalau buku yang bergenre islamik mesti akan beli sama ada daripada penulis Abdul Latip Talib atau Muhammad Alexander. 

Kulit muka hadapan 

Kulit Muka Belakang

Bilangan muka surat: 326


Antara fakta yang menarik dalam buku ini ialah:(Amanullah Halim, 2015)

1. Nabi Musa a.s telah dilahirkan pada tahun terjadinya pembunuhan kepada bayi-bayi lelaki yang dilahirkan oleh wanita Ibrani atas perintah Firaun. Firaun berbuat demikian kerana telah mendapat sebuah mimpi yang dahsyat dan pendeta meramalkan bahawa mimpi itu merupakan petanda akan lahirnya seorang bayi lelaki dalam kalangan orang Israel.

2. Maka Allah anugerahkan ilham kepada ibu Musa supaya jangan membunuh anaknya akan tetapi menghanyutkan anaknya di sungai selepas diletakkan anak tersebut di dalam sebuah peti. Sepertimana dalam surah Al-Qasas ayat 7 dan surah Taha ayat 38 dan 39. (boleh rujuk dalam Al-Quran anda menceritakan dengan lebih terperinci)

3. Namun begitu, isteri Firaun yang sangat mahukan seorang bayi lelaki menjumpai Musa a.s di dalam sebuah peti yang telah dihanyutkan dan mengambilnya sebagai anak angkat. Walaupun hakikatnya Firaun tidak berapa menyukai bayi tersebut.

4. Kakak Musa a.s mengetahui bahawa Musa telah diambil oleh isteri Firaun sebagai anak angkat kerana telah melihat dan mengikuti ke mana arah peti tersebut dihanyutkan. Kakak Musa a.s mendapat tahu bahawa isteri Firaun mencari ibu susuan kepada adiknya. Musa a.s telah dijumpakan dengan ibu susuan yang lain akan tetapi Musa tetap tidak mahu menyusu dan menangis tanpa henti. Maka kakak Musa a.s menawarkan kepada isteri Firaun bahawa dia mengenali seorang wanita yang boleh menyusukan bayi tersebut. Wanita tersebut ialah ibu kandung kepada Musa a.s. (rujuk surah Al-Qasas ayat 12).

5. Nama Nabi Musa a.s diambil sempena bahasa Ibrani iaitu masya (dibaca mosye) yang bererti mengambil daripada air. Dalam bahasa Mesir mose pula bermaksud anak lelaki.

6. Tongkat yang berada dalam genggaman Nabi Musa a.s mendatangkan pelbagai azab ke atas Firaun dan penduduk negeri Mesir dan mengeluarkan air dari batu cadas. 

7. Mukjizat Musa a.s yang lain ada diceritakan dalam surah Taha ayat 22, surah Al-Qasas ayat 32, surah Taha ayat 22, surah An-Naml ayat 12, surah Asy-Syu'arak, ayat 32)

8. Musa a.s mahu menjadikan Harun iaitu abangnya sebagai pembantu dalam menyampaikan dakwah kepada Firaun kerana baginya Harun lebih mempunyai sifat kesantunan berbanding dirinya.

9. Qarun juga merupakan kaum Nabi Musa a.s sepertimana dalam surah Al-Qasas, ayat 76.

10. Hentaman air yang dahsyat dan genggaman tangan Firaun yang kuat mencengkam perisai, menyebabkan terjadinya kontraksi hebat pada otot lengan kiri. Itu tidak mengubah posisi lengan dalam keadaan setengah terangkat sehingga dia mati. (Nak tahu macam mana peristiwa Firaun tenggelam bersama-sama bala tenteranya maka kenalah beli buku ni).

11. Nabi Musa a.s dikatakan wafat pada usianya 120 tahun.

Penulis ni memang terbaik sebab berjaya menyingkap kisah agung yang terjadi antara Nabi Musa a.s dan juga Firaun. Ringkas, padat dan pada masa yang sama ada bukti yang sahih. Selamat membaca !




Luqmanul Hakim adalah SOCRATES berkulit hitam?

Assalamualaikum w.b.t,

      Harini kita nak review sebuah buku yang bertajuk 'LUQMANUL HAKIM ADALAH SOCRATES BERKULIT HITAM'. Persoalannya adakah benar dakwaan yang mengatakan Socrates seorang ahli falsafah Yunani ini merupakan seorang hamba Allah yang tercatat namanya di dalam Al-Quran dengan nama lainnya Luqmanul Hakim? 

        Baiklah kita bukan nak berdebat pun, cuma nak share dan review sedikit mengenai buku "LHASBH" ni. Harga buku ni hanya RM20 saya beli masa promosi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di booth penerbitan PTS sendiri. Potongan sebanyak 50% sememangnya tidak meragukan saya untuk membeli buku ini. Berbanding harga asalnya RM40. Pada awalnya saya sangat tertarik dengan nama Luqmanul Hakim apatah lagi bila namanya sememangnya disebut-sebut dalam Al-Quran. Sepertimana Surah Luqman ayat 1 hingga 34 yang mengisahkan tentang kebijaksanaan seorang pencinta hikmah iaitu Luqmanul Hakim. Bahkan, Luqmanul Hakim jua terkenal kerana sering membicarakan tentang hikmah dan memberikan nasihat yang berguna kepada anaknya. 

       Socrates pula nama yang tidak asing lagi dan seringkali kita dengar sejak di bangku sekolah. Beliau seorang ahli falsafah Yunani yang bijaksana dan merupakan seorang pemikir Yunani yang sangat terkenal dalam mengemukakan hikmah yang cerdas dan bermanfaat. Tambahan pula, apabila kita belajar tentang mata pelajaran sejarah, falsafah malah sastera, namanya masih jua disebut-sebut. 


Kulit buku bahagian hadapan

Kulit buku bahagian belakang


          Nama Muhammad Alexander pula tidak asing lagi sebagai seorang penyelidik dan penulis buku bestseller bagi kebanyakan buku tokoh islamik dan buku mengenai dunia akhir zaman seperti Yakjuj Makjuj, Iskandar Bukan Zulkarnain, dan juga Armagedon 2012. Buat masa ni saya ada dua buah buku sahaja karya Muhammad Alexander iaitu Armagedon 2012 dan 'LHASBH'. 

          Buku Armagedon 2012 saya beli setelah terpengaruh ketika di bangku sekolah mendengar ulasan Ustazah saya berkenaan buku yang dibelinya berkenaan dunia akhir zaman iaitu semestinya buku Armagedon 2012. Manakala buku 'LHASBH' saya tertarik untuk membelinya kerana ketebalannya dan juga sinopsis yang terdapat di kulit belakang buku ini. Malah saya setiap kali membeli buku akan teringa pesanan Dr Roslan yang mengajar saya di UPM bahawa sebagai seorang islam kita seharusnya tahu akan kepandaian dan ketokohan orang islam sendiri. Barulah kita menjadi seorang islam yang sebenar. 

            Jangan sangka bahawa orang islam ini tiada apa-apa, sedangkan banyak lagi rahsia yang tidak terungkap. Mengapa tidak pada kali ini saya mencuba pula membaca buku setebal ensiklopedia. Tebal buku ini ialah sebanyak 705 muka surat tidak termasuk helaian kulit dan juga nota tambahan.


             Antara tabah dengan tidak tabah sahaja nak habiskan buku ni. Tapi disebabkan cuti semester yang panjang jadi sudah tentunya saya sempat untuk menghabiskan pembacaan. Buku ini sangat menarik kerana penulis berjaya menerangkan secara terperinci berkenaan kisah Socrates dan begitu jua Luqmanul Hakim. 



Kata-kata Hikmah Socrates: 

'Hidup tanpa ujian adalah kehidupan yang tidak bernilai'

Socrates juga merupakan anak seorang bidan di Athens iaitu doula yang membantu proses wanita untuk bersalin atau melahirkan bayi dan beliau merupakan seorang hamba abdi. 

Surah Luqman  (Al-Quran):

'Dan sesungguhnya Kami sudah memberi kepada Luqman, hikmah kebijaksanaan....
(ayat 12)

'Wahai anakku, dirikanlah solat...' 
(ayat 17)


Antara hujah yang menegakkan kebenaran berkenaan Luqmanul Hakim adalah Socrates berkulit hitam yang diajukan oleh penulis sendiri adalah seperti berikut, (Muhammad Alexander,2013) :

1. Penampilan fizikal Luqman adalah sama buruknya dengan Socrates iaitu penampilan tubuh yang sangat buruk di wilayah Athens.

2. Nama Socrates berasal daripada gelaran Secretes yang diberikan oleh Alcibides (selaku tuan kepada Socrates kerana Socrates merupakan seorang hamba ketika itu) . Oleh itu, Socrates merupakan Luqmanul Hakim sebenar dalam Al-Quran dan seorang hamba hitam dari Nubiah.

3. Socrates pernah mengakui bahawa beliau bukan seorang yang bijaksana akan tetapi hanya Allah sahaja yang bijaksana. 

4. Socrates hanya percaya hanya kepada satu Tuhan sahaja, iaitu Tuhan yang mengatur dan menguasai seluruh dunia. (Rafiq Zakaria dalam bukunya Discovery of God)

5. Socrates dihukum mati dengan menelan racun (Laqmaan) sehingga digelar Luqman. Luqman juga dikenali bererti menelan. Socrates dihukum sedemikian rupa kerana menyebarkan kepercayaan monoteisme di Athens sehingga terpaksa diheret ke Mahkamah atas tuduhan merosakkan fikiran generasi muda. Hal ini kerana beliau sering berhujah untuk menyampaikan hikmah kepada anak-anak muda supaya berfikir tentang kejadian alam dan sebagainya.

6. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau sempat mengatakan hikmah bahawa 'Kematian sebenarnya adalah pembebasan jiwa daripada badan. Badan terpisah daripada roh dan tetap dirinya sendiri. Begitu juga jiwa terlepas daripada badan dan menjadi dirinya sendiri'. (daripada Plato).


                                                 Rate : 💛💛💛💛💛💛💛💛💛
                                                                (9/10)


Sangat terperinci dan disertakan dengan hujah dan bukti daripada Al -Quran dan sumber buku, kamus serta jurnal yang sahih. 


Tahniah diucapkan kepada penulis buku Muhammad Alexander yang sudi membuka minda dan pemikiran kita sebagai orang islam tentang hikmah sebenar berkenaan Socrates. Bahkan, selama ini kita hanya menganggap Socrates sebagai seorang pemikir dan ahli falsafah Yunani sahaja dan bukannya sebagai Luqmanul Hakim dalam surah Luqman. Segala tanda tanya sudah pun terjawab dan kita sudah jumpa lagi satu pemikir islam dalam Al-Quran yang terkenal dengan hikmahnya serta bijaksana iaitu semestinya Luqmanul Hakim.




6 August 2019

Skincare Routine Untuk Pulihkan Breakout

RM35 termasuk pos ke semenanjung. 

Tahan lama sangat pencuci muka ni. Sebab dia besar. Nadia rasa boleh tahan sampai 5 ke 6 bulan. Sebab tak payah picit banyak sangat. Picit sikit pun dia dah ada macam buih. Tapi bukan buih macam sabun tu. Dia buih buih macam tekstur krim. Nadia punya cepat habis sebab ada tertumpah, tertonggeng segala mak nenek. Lepastu abang ada pakai kadang. Nadia punya tahan dalam 4 bulan. 


RM16 beli di Watson masa tak offer. Kalau offer rm12 hampa dah dapat dah.

Typo: oily combination sori masa buat story ni tengah kalut basuh kain guna mesin manual. Haha. Tak menyempat. Nadia paling suggest yang ni sebab dia untuk kulit yang dah okay atau oily combination dalam masa yang sama dia mild dan tak sensitifkan kulit.

RM14

Ingat pakai ni sebelum cuci muka. 


RM50 beli di Guardian masa tak offer. Kalau offer rm39 pun awak boleh dapat dah. 

Beli ni dengan kak fatin. Sebab rasa nak sangat cuba. Pakai dari bulan 3 sampai 7 ni ha ada lagi 1/4. Tu pun belum ada tanda-tanda nak habis. Luar biasa. Hehe. Powerful gila untuk korang yang ada jerawat pasir atau halus. Letak dalam peti ais lagi best rasa macam kau letak ais batu dari Switzerland. Gituu.

RM49 beli masa offer Guardian.
Jangan beli waktu tak offer sebab harga dia dalam RM60-70 kalau tak silap.
Tapi kalau dah terdesak nak guna, dan awak ada duit lebih tak salah. Ni Nadia cakap sekadar peringatan lah.


RM30 termasuk pos beli di Shoppe. 

Moisturizer ni pun takda tanda-tanda nak habis. Lama gila rasa pakai dari bulan 3 sampai sekarang macam ada lagi setengah. Sebab nadia pakai sikit je. Dalam ukuran syiling 5 sen. Sebab moisturizer ni jenis untuk hydratekan kulit. Jadi nadia kan oily-combination kalau pakai banyak dia akan bertambah minyak la. 

Idaman gila yang ni. Tapi harga dalam Rm40 termasuk pos. Next kalau moisturizer yang biru dah habis, Nadia nak beli yang ni pulak.

RM14 beli masa offer dekat Caring Pharmacy.

Sunscreen ni ada whitecast. Kalau yang kulit oily-combination macam Nadia agak rimas jugakla pakai. Sebab dia akan menyebabkan kulit kita berpeluh. Tapi..tapi...boleh je pakai cuma kena tabur bedak baby lepas pakai sunscreen ni, baru kulit okay 👍

Kiri RM30 
Kanan RM12 

Kiri beli dekat Farmasi Serdang. Setelah dicadangkan oleh kakak farmasi berkenaan. Terima kasih kak, luv u lah. Kanan pula beli di Watson. Tapi ubat jerawat ni kurang umphh la. Tapi untuk jerawat sedang atau biasa boleh la juga untuk hilangkan. Sekarang ni bila kulit dah okay. Memang dah jarang pakai. Pakai hanya bila ada jerawat sahaja. Bukan hari-hari pakai ye.

RM10 ni yang besar sikit. Beli di Guardian.

Nadia beli yang besar terus sebab selalu habis dekat Guardian atau Watson. Kalau yang kecil sikit dalam RM5/6. Pakai ni untuk ruam, jerawat pasir, pun sangat dialu-alukan. 





RM30-40. Tapi nadia beli waktu offer. Jadi dalam RM30 dekat Watson.

Beli ni atas saranan Aifa. Terima kasih Aifa 💓. Memang nampak la kesan bila kita letak dekat kawasan parut hitam atau parut lubang dia akan makin hilangkan dalam masa 2 minggu. Terbaik. Mula-mula pakai tu Nadia pakai yang tester masa agent Hiruscar datang dekat UPM. Bila nampak berkesan Nadia terus beli dan pakai pada parut jerawat itu sahaja ye. Bukan seluruh muka. Sebab setiap bulan kadang kita orang perempuan ada jerawat hormon mesti akan tumbuh jerawat besar gedabak satu ketui. Maka lepas je surut jerawat tu korang letak la hiruscar ni untuk hilangkan parut jerawat pulak.

Shurah Krim Kecantikan RM8 berapa posen gitu.

Bedak baby johnson RM4.50 

Nadia tak pakai yang Safi Hijau tu sebab muka akan makin berminyak. Pakai yang shurah ni calit sikit sikit je dekat dagu, pipi, dahi, hidung, bawah mata. Pun dah nampak natural macam pakai pondesyen kata kau. Pastu pakai baby johnson. Tapi waktu muka Nadia breakout tak pakai langsung krim Shurah ni pakai baby johnson sahaja. Pernah tahun lepas muka masa tu okay. Pakai pearl cream sendayu tinggi. Memang menjadi untuk memutihkan kulit. Sekarang ni muka masih la belum hilang sunburn. Tapi ada la hilang sikit-sikit berbanding waktu muka breakout dulu memang hitam legam. Produk sendayu tinggi tu memang bagus cuma sekarang ni Nadia saja nak try Shurah dan lagi satu duit pun tak berapa nak ummphh. Jadi kita pakai yang murah-murah sahaja dulu mengikut kemampuan. Tapi akan datang ingat nak pakai balik Pearl Cream Sendayu Tinggi. 

Oh ye, korang jangan ragu-ragu pakai produk Sendayu Tinggi sebab ianya memang berkesan dan mengikut pemprosesan dan pembuatan yang diiktiraf dan mengikut piawaian produk kecantikan dan kesihatan. Tak percaya korang boleh dengar sendiri explaination daripada Kak Yatie. Ni linknya.


Ni dia produk tu. 

Kiri tulah Freeman Mask hehe ingatkan kelabu gelap, kelabu cair ye puan-puan dan tuan-tuan. 
RM19. 

Kanan tu RM39 termasuk pos ke semenanjung beli di Shopee. Pakai ni kena rajinkan diri pakai sunscreen. Tapi waktu dulu masa breakout Nadia rajin pakai seminggu sekali. Tapi sekarang hanya pakai 2 minggu sekali je. Sebab nak hilangkan sunburn. Pakai produk ni memang kulit akan merah-merah sikit sebab dia peeling kan. Lepas je pakai The Ordinary (TO) selama 10 minit jangan lebih ikut arahan pemakaian produk dia lepastu cuci pakai pula mask Freeman ni. Bila pakai TO ni muka akan rasa menyengat sikit. Rasa ada benda halus atau kecik jalan atas muka. Mungkin sebab proses kimia untuk mengelupaskan atau membuang sel-sel kulit mati. 

TO Nadia mungkin tak akan repurchase lagi sebab sekarang nak tumpukan kepada pencerahan kulit akibat sunburn. Walaupun makin pulih kulit ni daripada sunburn, tapi semestinya Nadia nak dapatkan balik warna kulit yang dulu sebelum breakout. Mungkin Nadia akan repurchase yang IUNIK Peeling Gel Lime tu. Harga tak ingat. Tapi rupanya dia macam ni lebih kurang.







Ni pula tambahan doa bila rajin, nak membaca. Bila dah hari-hari baca automatik korang akan ingat. 






Typo: sendiri ye bukan sendiru. haha.

Muka hanya pakai krim shurah calit sikit je jangan banyak, baby powder banyak sikit, Rimmel Stay Matte Powder pakai sikit je jangan banyak. Sebab takut akan menyebabkan pori tersumbat. Lepastu Lipstick sahaja daripada Maybelline Stay Matte Kod 75 Fighter pakai light je tak pakai tebal. 
Untuk kening dengan bulu mata pakai essence lash & brow gel mascara yang warna jernih. Tujuan dia untuk kemaskan bulu mata dan kening sahaja. Takde warna langsung. Dah sudahh itu jelah hari hari mekap gue. Gampang bukan?

Bla bla bla:

1. Nadia tak tunjuk muka semasa breakout sebab takut ada orang tersalah guna gambar berkenaan untuk tujuan mempromosikan produk mereka. Sebab benda ni pernah terjadi kepada rakan baik saya sendiri. Maaf ye. Tapi kalau tak percaya boleh tanya kawan-kawan Nadia memang kulit dulu bermasalah, sekarang sahaja baru boleh bernafas lega. Alhamdulillah.

2. Untuk membeli semua produk di atas bukanla mudah untuk kita sebagai student ni. Tapi macam Nadia, beli produk ni waktu ada duit simpanan masa kerja part time, cuti semester tahun lepas. Mula-mula tu banyak juga try & error pakai produk ada yang bersesuaian Nadia teruskan, yang mana tak sesuai Nadia memang tak akan beli lagi dah. Macam Nadia, beli satu-satu produk dulu seperti cleanser, moisturizer, ubat jerawat dulu untuk pulihkan. Bila dah ada duit sikit lagi baru beli yang tambahan macam masker, essence tu semua. Belilah mengikutkan kemampuan anda. Jangan paksa diri. InshaAllah ada rezeki ada jalannya untuk beli produk berkenaan dan  pulihkan kulit korang tu. 

3. Nadia akan habiskan semua produk ni, agak agak macam dah nak habis baru beli yang baru. Dan semua produk ni bukan pakai setiap hari. Hanya pakai bila kita memerlukan sahaja. Kadang ada produk yang dekat atas Nadia selang harinya mengikut keperluan. Contohnya, macam sekarang Nadia punya kulit dah okay, Nadia cuma pakai cleanser simple, toner Hada Labo, moisturizer, hiruscar untuk hilangkan bekas jerawat, sunscreen, pastu pakai mekap simple macam yang Nadia tunjuk dekat atas tu. 

4. Tapi apa yang Nadia syorkan produk ni semua memang harga berpatutan dan berkesan tetapi mengikut kesesuaian wajah korang juga.

5. Nota tambahan boleh tengok Channel Youtube mereka ni berkenaan produk kecantikan dan rawatan untuk memulihkan kulit. Memang bagus dan sangat disyorkan. Secara tak langsung, kita boleh tambah ilmu pengetahuan dan naikkan semangat untuk pulihkan kulit akibat breakout. Selamat Menonton !
          (Dua orang ni vlogger Malaysia)
          (Vlogger Indonesia)

6. Minum air masak banyak-banyak. Mulakan dengan 1 litre sehari kemudian tambah jadi 2 litre. Lama-lama akan jadi terbiasa. Elakkan makanan manis. Jaga pemakanan, makan sayur banyak-banyak dan buah-buahan yang berkhasiat. Tapi sebelum raya haritu Nadia ada amalkan dalam seminggu 2 kali atau sekali makan Bird Nest Kinohimitsu. Tak selalu makan sebab takut ada kesan sampingan. Katanya Bird Nest ni bagus untuk kesihatan kulit, tubuh badan dan juga baik untuk otak. Kira pakej la kan. Ada la makan dalam kira-kira 3 kotak. Lepastu dah tak beli. Sebab belum ada duit lebih lagi hehe. Waktu Nadia beli ni sebab ada offer RM31 berapa posen je satu kotak.

7. Terakhir sekali, sayangi diri anda. Jangan stres-stres. Sentiasa bersangka baik dengan Allah, Allah uji kita sebab dia sayang kita dan nak kita semakin dekat dengan Dia. Percaya dengan kuasa Allah yang semuanya akan sembuh seperti sediakala di samping usaha dan tawakal. 

    

                                                                       Fighing !