Lagu :)

7 August 2019

Luqmanul Hakim adalah SOCRATES berkulit hitam?

Assalamualaikum w.b.t,

      Harini kita nak review sebuah buku yang bertajuk 'LUQMANUL HAKIM ADALAH SOCRATES BERKULIT HITAM'. Persoalannya adakah benar dakwaan yang mengatakan Socrates seorang ahli falsafah Yunani ini merupakan seorang hamba Allah yang tercatat namanya di dalam Al-Quran dengan nama lainnya Luqmanul Hakim? 

        Baiklah kita bukan nak berdebat pun, cuma nak share dan review sedikit mengenai buku "LHASBH" ni. Harga buku ni hanya RM20 saya beli masa promosi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di booth penerbitan PTS sendiri. Potongan sebanyak 50% sememangnya tidak meragukan saya untuk membeli buku ini. Berbanding harga asalnya RM40. Pada awalnya saya sangat tertarik dengan nama Luqmanul Hakim apatah lagi bila namanya sememangnya disebut-sebut dalam Al-Quran. Sepertimana Surah Luqman ayat 1 hingga 34 yang mengisahkan tentang kebijaksanaan seorang pencinta hikmah iaitu Luqmanul Hakim. Bahkan, Luqmanul Hakim jua terkenal kerana sering membicarakan tentang hikmah dan memberikan nasihat yang berguna kepada anaknya. 

       Socrates pula nama yang tidak asing lagi dan seringkali kita dengar sejak di bangku sekolah. Beliau seorang ahli falsafah Yunani yang bijaksana dan merupakan seorang pemikir Yunani yang sangat terkenal dalam mengemukakan hikmah yang cerdas dan bermanfaat. Tambahan pula, apabila kita belajar tentang mata pelajaran sejarah, falsafah malah sastera, namanya masih jua disebut-sebut. 


Kulit buku bahagian hadapan

Kulit buku bahagian belakang


          Nama Muhammad Alexander pula tidak asing lagi sebagai seorang penyelidik dan penulis buku bestseller bagi kebanyakan buku tokoh islamik dan buku mengenai dunia akhir zaman seperti Yakjuj Makjuj, Iskandar Bukan Zulkarnain, dan juga Armagedon 2012. Buat masa ni saya ada dua buah buku sahaja karya Muhammad Alexander iaitu Armagedon 2012 dan 'LHASBH'. 

          Buku Armagedon 2012 saya beli setelah terpengaruh ketika di bangku sekolah mendengar ulasan Ustazah saya berkenaan buku yang dibelinya berkenaan dunia akhir zaman iaitu semestinya buku Armagedon 2012. Manakala buku 'LHASBH' saya tertarik untuk membelinya kerana ketebalannya dan juga sinopsis yang terdapat di kulit belakang buku ini. Malah saya setiap kali membeli buku akan teringa pesanan Dr Roslan yang mengajar saya di UPM bahawa sebagai seorang islam kita seharusnya tahu akan kepandaian dan ketokohan orang islam sendiri. Barulah kita menjadi seorang islam yang sebenar. 

            Jangan sangka bahawa orang islam ini tiada apa-apa, sedangkan banyak lagi rahsia yang tidak terungkap. Mengapa tidak pada kali ini saya mencuba pula membaca buku setebal ensiklopedia. Tebal buku ini ialah sebanyak 705 muka surat tidak termasuk helaian kulit dan juga nota tambahan.


             Antara tabah dengan tidak tabah sahaja nak habiskan buku ni. Tapi disebabkan cuti semester yang panjang jadi sudah tentunya saya sempat untuk menghabiskan pembacaan. Buku ini sangat menarik kerana penulis berjaya menerangkan secara terperinci berkenaan kisah Socrates dan begitu jua Luqmanul Hakim. 



Kata-kata Hikmah Socrates: 

'Hidup tanpa ujian adalah kehidupan yang tidak bernilai'

Socrates juga merupakan anak seorang bidan di Athens iaitu doula yang membantu proses wanita untuk bersalin atau melahirkan bayi dan beliau merupakan seorang hamba abdi. 

Surah Luqman  (Al-Quran):

'Dan sesungguhnya Kami sudah memberi kepada Luqman, hikmah kebijaksanaan....
(ayat 12)

'Wahai anakku, dirikanlah solat...' 
(ayat 17)


Antara hujah yang menegakkan kebenaran berkenaan Luqmanul Hakim adalah Socrates berkulit hitam yang diajukan oleh penulis sendiri adalah seperti berikut, (Muhammad Alexander,2013) :

1. Penampilan fizikal Luqman adalah sama buruknya dengan Socrates iaitu penampilan tubuh yang sangat buruk di wilayah Athens.

2. Nama Socrates berasal daripada gelaran Secretes yang diberikan oleh Alcibides (selaku tuan kepada Socrates kerana Socrates merupakan seorang hamba ketika itu) . Oleh itu, Socrates merupakan Luqmanul Hakim sebenar dalam Al-Quran dan seorang hamba hitam dari Nubiah.

3. Socrates pernah mengakui bahawa beliau bukan seorang yang bijaksana akan tetapi hanya Allah sahaja yang bijaksana. 

4. Socrates hanya percaya hanya kepada satu Tuhan sahaja, iaitu Tuhan yang mengatur dan menguasai seluruh dunia. (Rafiq Zakaria dalam bukunya Discovery of God)

5. Socrates dihukum mati dengan menelan racun (Laqmaan) sehingga digelar Luqman. Luqman juga dikenali bererti menelan. Socrates dihukum sedemikian rupa kerana menyebarkan kepercayaan monoteisme di Athens sehingga terpaksa diheret ke Mahkamah atas tuduhan merosakkan fikiran generasi muda. Hal ini kerana beliau sering berhujah untuk menyampaikan hikmah kepada anak-anak muda supaya berfikir tentang kejadian alam dan sebagainya.

6. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau sempat mengatakan hikmah bahawa 'Kematian sebenarnya adalah pembebasan jiwa daripada badan. Badan terpisah daripada roh dan tetap dirinya sendiri. Begitu juga jiwa terlepas daripada badan dan menjadi dirinya sendiri'. (daripada Plato).


                                                 Rate : 💛💛💛💛💛💛💛💛💛
                                                                (9/10)


Sangat terperinci dan disertakan dengan hujah dan bukti daripada Al -Quran dan sumber buku, kamus serta jurnal yang sahih. 


Tahniah diucapkan kepada penulis buku Muhammad Alexander yang sudi membuka minda dan pemikiran kita sebagai orang islam tentang hikmah sebenar berkenaan Socrates. Bahkan, selama ini kita hanya menganggap Socrates sebagai seorang pemikir dan ahli falsafah Yunani sahaja dan bukannya sebagai Luqmanul Hakim dalam surah Luqman. Segala tanda tanya sudah pun terjawab dan kita sudah jumpa lagi satu pemikir islam dalam Al-Quran yang terkenal dengan hikmahnya serta bijaksana iaitu semestinya Luqmanul Hakim.




No comments:

Post a Comment