Lagu :)

22 July 2019

BEREMPAT DAN BUKAN BERLIMA KE CAMERON HIGHLANDS?

Assalamualaikum w.b.t,

Caption buat anda seperti sesak nafas? Sabar ianya bukan seperti yang anda semua bayangkan dan bukannya sebarang misteri mahupun spiritual.

Kami selalu kalau pergi misi melancong sememangnya akan berlima. Tapi disebabkan masalah-masalah tertentu Zuah tak dapat ikut kami. Sedih...,Tapi hanya topi Zuah sahaja yang menemani kami sepanjang melancong di CH.

Ianya sekadar 'short vacay' 2 Hari 1 Malam.

Tapi cukup buat kami yang memerlukan udara yang segar bagi memulakan semester baru yang semakin mencabar. 

Antara tempat menarik yang kami pergi beserta gambar bukan biashe-biashe :

1. KEA FARM

Dekat sini macam-macam jual dari segi makanan (Strawberry, Ubi keledek, Ayam Gunting), teh CH, baju-baju, mask muka, patung, bantal, dan aneka souvenirs bermotifkan 'CH Kamaron Hailon' 

Strawberry kami beli 1 Tray kongsi 4 orang. 


              Teh ni dalam rm7 kalau tak silap. Chocolate Blueberry ni pulak beli 5 pcs cuma RM10.

Ubi keledek atau dalam english they called it 'Manisnya Kentang Ini'. RM3/5 dalam 1 plastik kecil dan dalam tu ada 4/5 biji ubi keledek.

Adu, adu sedapnya, lapar pulak perut.


2. PASAR MALAM GOLDEN HILL 

Aneka jenis barangan seperti pokok kaktus, ubi keledek, baju-baju, keychain, bantal, patung tulisan Cameron Highlands pun ada jual dekat sini. Kalau nak beli buah tangan boleh la korang beli dekat sini, murah-murah je. Bagi aku lagi murah dekat sini kalau nak beli strawberry 1 tray berbanding dengan harga dekat Kea Farm.

Bunga-bungaan. Sesiapa yang nak bagi dekat buah hati boleh la beli. Yang masih single makan hati jelaa. Hahaha


Aneka keychain. Mur-mur saja adik maniss.


Suasana di pasar malam dah macam dekat luar negara fefeeling..


3. HOTEL PARKLAND EXPRESS 

Untuk 1 malam harganya dalam RM100+ kalau tak silap dan semestinya tempah dengan aplikasi 'Trivago'. Kami order katil Queen dan hotelnya amat selesa untuk 4 orang. Ada wifi, TV astro, hair dryer, untuk sterika pula kena turun level 1 sebab ianya kegunaan ramai. Bukan 1 bilik 1 sterika ye. Tapi okay je bagi kami yang suka naik turun lift hotel ni yang agak rare. Bilik air besar bagi aku. Aku pula rasa macam taknak balik sebab selesa dengan keadaan bilik dan bilik air dia yang super selesa tu. Dan semestinya bila menginap di Cameron Highlands hampa takyah gatal-gatal nak pasang aircond sebab memang dah sedia sejuk walaupun dalam bilik. Kalau panas juga, boleh la buka kipas. Yelah mana tahu ada antara korang ni mempunyai campuran darah beruang yang perlukan sejuk luar biasa daripada kebiasaan rakyat Malaysia.

Itu dia Parkland Express :)

4. CAMERON LAVENDER GARDEN

Bayaran yang dikenakan hanyalah sebanyak RM10. Dekat sini pun ada jual buah tangan macam coklat, teh, baju-baju, aiskrim Lavender pun ada uolss. Tapi mahal sikit lupa berapa. Tapi kami tak beli sebab masa ni perut tengah lapar nak makanan berat je. 


Bergambar lah kami tiga ketui setelah dipaksa oleh Kak Tin. Hahaha. Kenangan katanya.

Berlatar belakangkan bunga-bunga cinta layu di pusaraa...

Cumi bersama pokok-pokok bunga kesayangannya hahaa.



Sinetron 'Ku Tenung Bunga Ungu Sampai Jadi Kelabu' 






Bunts Family 


Halah halah halah

Watak utama Didi & Friends



Cumi beraksi dengan kaca matanya.

5. Big Red Strawberry

Tak rancang pun nak ke sini. Tapi gigih nak datang juga. Dalam ni macam-macam ada. Dari buah tangan, haiwan comel, kedai makan, kebun strawberi, jual pokok bunga dan banyak lagi. Big Red Strawberry ni dia bertingkat-tingkat. Jadi anda dinasihatkan untuk rajin berjalan. Serajin yang mungkin. Kalau boleh pakai la sport shoes barulah tak sakit kaki. 





6. BOH TEA CENTRE SUNGAI PALAS

Masuk sini tak payah bayar, percuma sahaja okay. Di sini juga merupakan syurga teh. Aneka jenis teh ada dijual disini. Dari peach, jasmine, earl grey, green tea dan banyak lagi. Suasana dekat sini memang aman damai je rasa. Sebelum korang nak menuju ke centre boh tu anda semua dikehendaki untuk panjat beberapa tingkat anak tangga untuk sampai ke puncak. Yang bawa orang tua tu dinasihatkan untuk guna laluan alternatif tertentu yang membolehkan korang naik ke puncak dengan menaiki kenderaan. Bukan apa, kesian orang-orang tua yang dah tak larat jalan. Kadang tu anak dia heret juga nenek tu naik puncak. Takut pengsan pula, sebab memang jauh juga lah nak sampai ke puncak tu. Aku yang muda ni pun rasa penat apatah lagi orang tua takut nanti depa sakit-sakit badan lah pulak lepas naik puncak tu.

Kilang pemprosesan dan pembuatan teh. 


Makan makan ~~~~~~~






        Ni pula merupakan antara buah tangan yang kami beli di Cameron Highlands.

1 bekas strawberry dengan coklat langsai dalam satu malam. Hehehe.

Baju kiri aku punya dengan Mekwa, Yang hitam untuk Kak Tin, Cumi dan Aifa. Topi harimau bintang tu pula untuk Adam (anak buahku).

Ni barang-barang Cumi untuk anak-anak buahnya.

Barang-barang Cumi paling banyak sebab banyak orang kirim. Sampaikan kami yang duduk belakang pun tenggelam dek barang-barang, penuh tempat duduk.


                                                                               Bye ~,~








Penang! Here we are.. Part 3

Baiklah, tiba masanya kita di penghujung rancangan.

Part 3 akan ku sambung walau terpaksa bertarung dengan internet. Tiba-tiba rindu pula dengan internet kolej yang kelajuan maksima tu. Hmmmm..

Tempat pertama untuk hari ketiga ialah Jeti Chew. Chew tu macam menguyah kan. Tapi aku rasa ni bukan mengunyah ni nama orang kay. Aku serius ni.

Jeti Chew ni di lorong kanan dan kirinya ada perumahan nelayan yang atas air tu. Kalau tak silap semua penduduk situ cina. Maafkan saya jika saya silap dari segi pemerhatian kasar ye puan-puan dan tuan-tuan. Dari Jeti tu ada satu lorong untuk bergambar. MashaAllah lorong tu hanya boleh dilalui oleh seorang demi seorang je. Jangan gatal-gatal nak lalu berdua walaupun dengan pasangan sebabnya aku takut hampa tak memasal kena berendam dalam tu dan kemudian di makan pula dengan ikan josh a.k.a ikan yu. Tapi aku tak tahu pula yang sebenarnya aku pun gayat wehh. Gayat sebab takut jatuh dalam laut tu. Aku punya nervous tu sampai aku jalan sikit-sikit dah macam orang baru pandai berjalan kadang tu aku sampai jalan itik sebab takut tenggalam dalam laut punya pasal. Jalan punya jalan, Alhamdulillah sampai pun kami berlima dekat kawasan berehat dan boleh la ambil gambar yang shantek shantek kan? 

Maka inilah hasil OOTD jemah sekalian, dengan menggunakan camera Ipong 6 S kepunyaan kak Fatin bagi mendapatkan beberapa keping gambar yang jelas dan fefeling model of Penang Stylista.

Terasa diriku macam model sambilan yang katek dan agak stylo. Not bad la omputeh kata.

Apa macam? Semua dah macam band Blackmental bak kata Aifa.


Masing-masing kemain lagi yer. Berbakat. 

Dah selesai bergambar maka kita pun pergilah menyelam mencari kopi aunt viral tu. Di Star Coffee, Lebuh Nordin.

Tu diaa kopi mengancam. Memang sedap. Nak nangis aku rasa. Sampai sekarang pun tekak ni masih terasa lagi kelazatan kopi aunt ni. Rate: 9/10. Harga: RM2.50 untuk satu plastik, lebih kurang.

Nak dapatkan kopi ni bukan mudah, aku dengan Cumi terpaksa beratur hampir setengah jam baru dapat order. Selain daripada kopi ada juga minuman lain macam milo, makan macam roti kaya etc. Ni je yang sempat perasan dia tulis. Yang lain maaf kelupaan sebab dah lama sangat. Hehe. Maaf ye. 

Lepas je dapat kopi, kami menjejak pula nak cari kedai makan untuk makan tengahari sebelum pulang ke bumi Serdang. Kami pun singgah ke gerai makan viral iaitu Mee Sotong, Hameed Pata. Rasa dia takdelah sedap sangat tapi sederhana sedap bagi aku lah. Jujur. Rate: 6.5/10. Harga rm6/7 lebih kurang.

Ni rupa dia. Menarik. Ada limau kasturi lagi.

Oh ye nak dijadikan cerita masa kami sesat nak cari kedai ni dekat mana. Jumpa la dua orang hero 'filipino pengako sayo, sihindi ni ako', pakai pula baju macam pengawal dari jauh. Pada awalnya, kami berat juga nak tegur, tapi disebabkan confident level 'Cumi' setinggi KLCC maka aku teman juga lah Cumi tanya dua orang filipino berkenaan sebab dah takde orang lalu lalang dekat situ nak tanya. Terpaksalah tebalkan muka tanya juga. Dan sebenarnya kami taktahu yang mereka berdua tu merupakan orang filipino, ingatkan orang Malaysia juga. Almaklumla orang Malaysia pun ada iras-iras filipino nama pun serumpun. Ternyata bila kami berdua semakin mendekati ke arah hero berkenaan  mereka ni pakai baju pilot lah pulak hahaha, masa dah dekat ni aku nak gelak sebab nampak depa ni pun muka macam pelancong dengan luggage bagai. Cumi tanya dalam bahasa melayu tapi rupanya mereka ni tak faham dan depa cuma boleh cakap 'english only'. Apa lagi kami pun minta maaf la sebab mengganggu. Muka Ya Rabbi jangan tanyala memang malu rasa macam nak duduk bawah kerusi dahh. I'm so sorry bradahh. 

-Tamat- 

Terima kasih kepada lima orang sahabat (Kak Fatin, Cumi, Aifa, Zuah & diri sendiri) kerana akhirnya kita berjaya untuk melunaskan misi melancong ke Penang ni, atas jasa kalian :


Pemandu Expert: Kak Fatin & Cumi

Bendahari & Tempahan: Nadiah Shukor

Penjejak Wazer atau GPS: Aiffah

Props: Zuahh (lol)




21 July 2019

Penang! Here we are:) Part 2

Internet dah ada, ayuh ringankan jari-jemari Saleh. Regang-regangkan bahu. Mulakan menaip.

Hari ke-2 di Penang, Malaysia,

Pagi-pagi lagi kami dah bertolak ke Bukit Bendera nasib baik la dekat dengan hotel kami. Jadi takde la jauh sangat. Tiket pula dalam rm10 dan bukannya 'fast lane' sebab kalau fast lane rm30. Kami tempah dah dari awal senang je sekarang semua 'online booking'. Jadi aku dah siap-siap booking tiket dua hari sebelum nak bertolak lagi. Kalau booking online ni senang sebab korang boleh terus ke kaunter booking online dan tunjukkan tiket beserta IC untuk dia bagi pas. Oh ye lupa nak bagitau sebelum nak ke Bukit Bendera tu kami gigih singgah kedai berdepan dengan Bukit Bendera tu semata-mata nak beli topi. Menurut kak tin barulah ada tema gitew, tapi siang-siang aku cakap ni topi situ mahal padahal hang boleh dapat dalam rm5-10 la kalau dekat pasar malam. Tapi semata nak ikut tema juga haritu jadi kami pun bedal la beli topi rm15-20. *Nangis bucu katil. 

Kami dah masuk ke kawasan beratur. Tiba-tiba jeng..jeng..jeng. Boleh pula tiket kak fatin hilang, aku rasa tercicir. Adudu. Adudu. Kesian gila..Muka semua dah cuak. Cari punya cari. Takde juga. Tanya makcik pengawal pun sama. Nak tak nak, terpaksa la beli juga tiket, sebab kak fatin kesiankan kami dia yang beria ajak kami tapi alih-alih takkan tak jadi pula. Lagi satu takkan lah kak fatin nak tunggu dekat luar je. Aduduh kagak bisa ni. Maka kami pun temankan ke tempat yang sepatutnya. Kak fatin  pun masuk dalam bilik kaunter untuk bayar ganti rugi tiket yang hilang. RM40 kalau tak silap aku. Mungkin memang bukan rezeki dia haritu. Ya Allah aku tak tahu nak cakap macam mana dah memang kesian, kami cuma tumpang simpati. Nasib baiklah ada duit extra waktu tu. 

MashaAllah dari beratur, menunggu tren tu aku rasa dekat sejam untuk sampai betul-betul ke puncak. Menunggu tu yang buat lama. Almaklumla orang ramai. Melainkan korang beli tiket fast lane rm30 untuk menjimatkan masa atau yang nak cepat, malas menunggu, yang bawa warga emas amat digalakkan. Bukan apa takut pitam atau pengsan je tunggu lama-lama. Tren ke apa nama dia tu. Best la naik tren tu haha. Jakun cakap jelahh. Yes, i am. J.A.K.U.N. hehe.

Masuk tak berapa lama lepastu, hujan rintik-rintik. Gerimis. Makin lama makin lebat. Nasib baik aku bawa payung, topi pun ada. Jadi boleh la untuk lindungi diri ni daripada basah lencun. 

                                            
Sebelum hujan yang turun bagikan mutiara~~~ Tema pada hari berkenaan ialah black widow.


                                        

Namanya Azwa, Zuahh atau Mekwa padahal orang Johor. Aduh ini anak paling banyak ragamnya. Hahaha jangan marah zuahh. Luv u.


                 Dasar tak reti posing ini anak. Kalau nak tahu, inilah cara budak tadika senyum.


Oleh disebabkan cuaca hujan. Kami ambil keputusan untuk tak berada lama sangat dekat situ dan mula cari port makan. Port makan yang sebenar kami nak pi tu. Tak ramai sangat. Jadi kami tak pi laa. Kami pi cari tempat makan ni lupa apa nama dia. Yelah dah hampir setahun baru kau nak upload mana tidaknya kiah oii. Nasi dia memang sedap. Lagi sedap dari Restoran Kapitan yang kami pergi masa hari pertama datang ke Penang tu. Kuah dia letak banyak jenis juga, Nasi Kandar dia perghh memang sedap. Sedangkan aku yang tak minat kari, berkuah lebat ni pun boleh tergoda. Apatah lagi korang yang suka kuah banjir lebat ni haa.

Menyelerakan bukan? Sila jilat jari jemari anda. Amaran: untuk wanita mengandung sila tutup mata anda serapat yang mungkin, dan sebaiknya tidak melihat gambr ini. Sekian..

Lepas dah makan, kenyang kami gerak ke Street Art. Apa lagi nak tapau OOTD bawa balik rumah la yadek maneh. Masing-masing mempunyai kepakaran posing yang luar biasa sekali.

                                           Aifa muka ada happy ka? Yang pakai kasut biru ituu.


Tiberr, pandai posing. Boleh la belajar sikit-sikit daripada Hakak Fatin kiter. 


Awkward. Macam biasa. Mungkin lepas ni aku akan ke kelas modeling untuk upgrade posing ke tahap model muslimah yang lebih helok sikit. 


Lagi sekali sengihan kerang busuk. Apahal la minah ni.


Selepas itu, kami pun bergerak ke Pasar Chowrasta. Disinilah duit gaji ku dilaburkan, beli souvenirs, jeruk madu Pak Ali, baju Penang buat family dan diri sendiri. Pasar dia bukan macam pasar malam atau bazar ramadan dia lebih kepada macam Pasar Siti Khadijah, haa siapa pernah pergi haa macam tulahh.


Muka gembira shopping lagi dua yang dekat kiri tu lapar mungkin.


Malamnya pula kami ke Pasar Malam Batu Feringgi. Nak ke Pasar ni kami lalu jalan yang banyak selekoh. Selekoh dia memang tajam. Kami yang duduk belakang perghh rasa macam naik rollercoaster la pulak. Niatnya nak ke sini nak tambah souvenirs tapi...macam tak nampak apa yang menarik sangat. Jadi kami pun sekadar jalan-jalan dan makan malam sahaja. 

Gambar penyeri bagi Hari ke-2 berjalan di Penang. Tidak lain dan tidak bukan Hajah Cumi-cumi kita. 


Bersambung..part 3.