Apa khabar semuaaa...sihat?. Alhamdulillah nadia pun sihat.
Waktu cuti sem ni la waktu yang paling sesuai untuk berblogging. Pada kesempatan ini, nadia nak share pengalaman sepanjang bercuti di Penang pada tahun 2018 yang lalu.
Kami semua ni merupakan rakan sekelas, sekolej, seblok la senang cerita. Dah lama planning nak pergi bercuti. Jadi sempena cuti hari Malaysia 16 September 2018 kami merancang la nak ke Penang. Bertolak dari UPM sekitar 10 pagi. Lama juga rupanya dari Serdang nak ke Penang sekitar 6 ke 7 jam lebih kurang. Terima kasih kepada pemandu kita kak Fatin dan Cumi iaitu Aida :) Kami pula syok tidur dekat belakang seperti biasa penumpang tidak berbayar Nadia (aku), Aifa dan Mekwa (Azwa).
Sampai di Penang pula lebih kurang 4 petang macam tu. Jadi lewat sikit, sebab ada dua kali berhenti untuk solat, rehat kejap. Lepastu, masing-masing pun perut dah lapar ler. Haha. Jadi cari punya cari gerai makan dekat Penang yang famous tu jumpa. Tapi, ramainya MashaAllah tuhan je tahu. Jadi kami tukar plan untuk makan dekat Restoran Kapitan, Georgetown. Semua orang order benda yang sama je. Sebab tak tahu dah nak order apa. Lagi satu makanan pun dah tinggal sikit almaklumla dah petang. Makan jela apa yang ada. Asalkan perutku kenyang sudahhh..
Rate : 6/10
Rasa macam boleh boleh aje la. Mungkin sebab Nadia jenis yang tak suka sangat makan kuah kari. Dah tu dia letak dalam 4 atau 5 jenis kari pula tu. Mau senoneng makan woi. Mungkin bagi korang yang suka makan 'Nasi Kandar' yeahhh ini memang berita baik untuk selera dan perut anda hehe. Harga sepinggan makan sekali dengan Teh O dalam RM10. Okay la tu.
Lepas je makan kami bergerak ke Street Art. Sempat la kawan-kawan ambil gambar sebelum hujan turun. Bila hujan turun makin lama makin lebat akhirnya kami semua berlari ke kereta.
Planning ber 'OOTD' di Street Art musnah, terus tukar planning pergi ke Queensbay Mall. Pergi mall ni konon nak beli topi dengan baju tshirt. Akhirnya, tak beli apa-apa pun sebab masing-masing dah penat. Maka kami pun teruskan misi mencari di manakah POWER HOTEL. Nak tengok jugak POWER tak POWER hotel ni hahaha. Hotel ni so far dekat nak ke Bukit Bendera. Hilang pula dalam laptop gambar hotel. Tapi Hotel ni best la untuk 5 orang sebab kami tempah bilik yang ada dua buah katil Queen.
Cuma agak sempit sikit sebab cuma ada ruang untuk solat dua orang je yang lain memang tak muat, kena duduk atas katil. Laluan nak ke tandas pun sorang demi sorang je boleh lalu. Akak kaunter hotel pada waktu kami datang tu muka agak ketat sikit. Maaf ye kak, sampai kami pun takut nak tengoknya. Yang paling aku suka tandas dia lah sebab sangat bersih, air pun kuat dan macam biasa dia ada sediakan shampoo rambut dan badan dalam bekas yang picit-picit tu bukan yang kecil-kecil. Jadi takde la masalah shampoo badan cepat habis. Harga untuk 2 malam RM260-280 lebih kurang la, lupa sebab order ni dekat Trivago dan bukannya Trivanggey. Rajin-rajin la tengok perbandingan harga hotel hanya di Trivago. Rate 6/10.

Dah selesai mandi, solat baring-baring kejap. Kami pun bergerak ke Padang Kota Lama. Part ni paling tak sabar nak cerita sebab tempat ni merupakan syurga makanan ye puan-puan dan tuan-tuan. Oh ye, Nadia tak tahu kenapa waktu pergi Penang haritu kebetulan asyik hujan je, hehe. Tapi alhamdulillah, hujan sempat berhenti untuk memberi ruang kepada kami menjamu selera. Kami order laksa, set kangkung soto, kerang bakar dan yong tau fu. Perghhh memang sedap. Semua sedap. Bila makanan dah terlampau banyak. Jadi kami tapau kerang bakar yang tak habis bawa balik, makan dalam hotel. Nasib la sesiapa yang terbau kami makan kerang bakar tu memalam buta. Hahaha.
Rate: 8.5/10.
Rate: 8.5/10.
Muka happy lepas kenyang huhu. Hoorayyy !
Akan sambung nanti Part 2.. Nampaknya internet pun cemburu aku nak buat blog asyik tersangkut je. Adehh.
No comments:
Post a Comment