Part 3 akan ku sambung walau terpaksa bertarung dengan internet. Tiba-tiba rindu pula dengan internet kolej yang kelajuan maksima tu. Hmmmm..
Tempat pertama untuk hari ketiga ialah Jeti Chew. Chew tu macam menguyah kan. Tapi aku rasa ni bukan mengunyah ni nama orang kay. Aku serius ni.
Jeti Chew ni di lorong kanan dan kirinya ada perumahan nelayan yang atas air tu. Kalau tak silap semua penduduk situ cina. Maafkan saya jika saya silap dari segi pemerhatian kasar ye puan-puan dan tuan-tuan. Dari Jeti tu ada satu lorong untuk bergambar. MashaAllah lorong tu hanya boleh dilalui oleh seorang demi seorang je. Jangan gatal-gatal nak lalu berdua walaupun dengan pasangan sebabnya aku takut hampa tak memasal kena berendam dalam tu dan kemudian di makan pula dengan ikan josh a.k.a ikan yu. Tapi aku tak tahu pula yang sebenarnya aku pun gayat wehh. Gayat sebab takut jatuh dalam laut tu. Aku punya nervous tu sampai aku jalan sikit-sikit dah macam orang baru pandai berjalan kadang tu aku sampai jalan itik sebab takut tenggalam dalam laut punya pasal. Jalan punya jalan, Alhamdulillah sampai pun kami berlima dekat kawasan berehat dan boleh la ambil gambar yang shantek shantek kan?
Maka inilah hasil OOTD jemah sekalian, dengan menggunakan camera Ipong 6 S kepunyaan kak Fatin bagi mendapatkan beberapa keping gambar yang jelas dan fefeling model of Penang Stylista.
Terasa diriku macam model sambilan yang katek dan agak stylo. Not bad la omputeh kata.
Apa macam? Semua dah macam band Blackmental bak kata Aifa.
Masing-masing kemain lagi yer. Berbakat.
Dah selesai bergambar maka kita pun pergilah menyelam mencari kopi aunt viral tu. Di Star Coffee, Lebuh Nordin.
Tu diaa kopi mengancam. Memang sedap. Nak nangis aku rasa. Sampai sekarang pun tekak ni masih terasa lagi kelazatan kopi aunt ni. Rate: 9/10. Harga: RM2.50 untuk satu plastik, lebih kurang.
Nak dapatkan kopi ni bukan mudah, aku dengan Cumi terpaksa beratur hampir setengah jam baru dapat order. Selain daripada kopi ada juga minuman lain macam milo, makan macam roti kaya etc. Ni je yang sempat perasan dia tulis. Yang lain maaf kelupaan sebab dah lama sangat. Hehe. Maaf ye.
Lepas je dapat kopi, kami menjejak pula nak cari kedai makan untuk makan tengahari sebelum pulang ke bumi Serdang. Kami pun singgah ke gerai makan viral iaitu Mee Sotong, Hameed Pata. Rasa dia takdelah sedap sangat tapi sederhana sedap bagi aku lah. Jujur. Rate: 6.5/10. Harga rm6/7 lebih kurang.
Ni rupa dia. Menarik. Ada limau kasturi lagi.
Oh ye nak dijadikan cerita masa kami sesat nak cari kedai ni dekat mana. Jumpa la dua orang hero 'filipino pengako sayo, sihindi ni ako', pakai pula baju macam pengawal dari jauh. Pada awalnya, kami berat juga nak tegur, tapi disebabkan confident level 'Cumi' setinggi KLCC maka aku teman juga lah Cumi tanya dua orang filipino berkenaan sebab dah takde orang lalu lalang dekat situ nak tanya. Terpaksalah tebalkan muka tanya juga. Dan sebenarnya kami taktahu yang mereka berdua tu merupakan orang filipino, ingatkan orang Malaysia juga. Almaklumla orang Malaysia pun ada iras-iras filipino nama pun serumpun. Ternyata bila kami berdua semakin mendekati ke arah hero berkenaan mereka ni pakai baju pilot lah pulak hahaha, masa dah dekat ni aku nak gelak sebab nampak depa ni pun muka macam pelancong dengan luggage bagai. Cumi tanya dalam bahasa melayu tapi rupanya mereka ni tak faham dan depa cuma boleh cakap 'english only'. Apa lagi kami pun minta maaf la sebab mengganggu. Muka Ya Rabbi jangan tanyala memang malu rasa macam nak duduk bawah kerusi dahh. I'm so sorry bradahh.
-Tamat-
Terima kasih kepada lima orang sahabat (Kak Fatin, Cumi, Aifa, Zuah & diri sendiri) kerana akhirnya kita berjaya untuk melunaskan misi melancong ke Penang ni, atas jasa kalian :
Pemandu Expert: Kak Fatin & Cumi
Bendahari & Tempahan: Nadiah Shukor
Penjejak Wazer atau GPS: Aiffah
Props: Zuahh (lol)
No comments:
Post a Comment