Hari ke-2 di Penang, Malaysia,
Pagi-pagi lagi kami dah bertolak ke Bukit Bendera nasib baik la dekat dengan hotel kami. Jadi takde la jauh sangat. Tiket pula dalam rm10 dan bukannya 'fast lane' sebab kalau fast lane rm30. Kami tempah dah dari awal senang je sekarang semua 'online booking'. Jadi aku dah siap-siap booking tiket dua hari sebelum nak bertolak lagi. Kalau booking online ni senang sebab korang boleh terus ke kaunter booking online dan tunjukkan tiket beserta IC untuk dia bagi pas. Oh ye lupa nak bagitau sebelum nak ke Bukit Bendera tu kami gigih singgah kedai berdepan dengan Bukit Bendera tu semata-mata nak beli topi. Menurut kak tin barulah ada tema gitew, tapi siang-siang aku cakap ni topi situ mahal padahal hang boleh dapat dalam rm5-10 la kalau dekat pasar malam. Tapi semata nak ikut tema juga haritu jadi kami pun bedal la beli topi rm15-20. *Nangis bucu katil.
Kami dah masuk ke kawasan beratur. Tiba-tiba jeng..jeng..jeng. Boleh pula tiket kak fatin hilang, aku rasa tercicir. Adudu. Adudu. Kesian gila..Muka semua dah cuak. Cari punya cari. Takde juga. Tanya makcik pengawal pun sama. Nak tak nak, terpaksa la beli juga tiket, sebab kak fatin kesiankan kami dia yang beria ajak kami tapi alih-alih takkan tak jadi pula. Lagi satu takkan lah kak fatin nak tunggu dekat luar je. Aduduh kagak bisa ni. Maka kami pun temankan ke tempat yang sepatutnya. Kak fatin pun masuk dalam bilik kaunter untuk bayar ganti rugi tiket yang hilang. RM40 kalau tak silap aku. Mungkin memang bukan rezeki dia haritu. Ya Allah aku tak tahu nak cakap macam mana dah memang kesian, kami cuma tumpang simpati. Nasib baiklah ada duit extra waktu tu.
MashaAllah dari beratur, menunggu tren tu aku rasa dekat sejam untuk sampai betul-betul ke puncak. Menunggu tu yang buat lama. Almaklumla orang ramai. Melainkan korang beli tiket fast lane rm30 untuk menjimatkan masa atau yang nak cepat, malas menunggu, yang bawa warga emas amat digalakkan. Bukan apa takut pitam atau pengsan je tunggu lama-lama. Tren ke apa nama dia tu. Best la naik tren tu haha. Jakun cakap jelahh. Yes, i am. J.A.K.U.N. hehe.
Masuk tak berapa lama lepastu, hujan rintik-rintik. Gerimis. Makin lama makin lebat. Nasib baik aku bawa payung, topi pun ada. Jadi boleh la untuk lindungi diri ni daripada basah lencun.
Sebelum hujan yang turun bagikan mutiara~~~ Tema pada hari berkenaan ialah black widow.
Namanya Azwa, Zuahh atau Mekwa padahal orang Johor. Aduh ini anak paling banyak ragamnya. Hahaha jangan marah zuahh. Luv u.
Oleh disebabkan cuaca hujan. Kami ambil keputusan untuk tak berada lama sangat dekat situ dan mula cari port makan. Port makan yang sebenar kami nak pi tu. Tak ramai sangat. Jadi kami tak pi laa. Kami pi cari tempat makan ni lupa apa nama dia. Yelah dah hampir setahun baru kau nak upload mana tidaknya kiah oii. Nasi dia memang sedap. Lagi sedap dari Restoran Kapitan yang kami pergi masa hari pertama datang ke Penang tu. Kuah dia letak banyak jenis juga, Nasi Kandar dia perghh memang sedap. Sedangkan aku yang tak minat kari, berkuah lebat ni pun boleh tergoda. Apatah lagi korang yang suka kuah banjir lebat ni haa.
Menyelerakan bukan? Sila jilat jari jemari anda. Amaran: untuk wanita mengandung sila tutup mata anda serapat yang mungkin, dan sebaiknya tidak melihat gambr ini. Sekian..
Lepas dah makan, kenyang kami gerak ke Street Art. Apa lagi nak tapau OOTD bawa balik rumah la yadek maneh. Masing-masing mempunyai kepakaran posing yang luar biasa sekali.
Aifa muka ada happy ka? Yang pakai kasut biru ituu.
Tiberr, pandai posing. Boleh la belajar sikit-sikit daripada Hakak Fatin kiter.
Awkward. Macam biasa. Mungkin lepas ni aku akan ke kelas modeling untuk upgrade posing ke tahap model muslimah yang lebih helok sikit.
Lagi sekali sengihan kerang busuk. Apahal la minah ni.
Selepas itu, kami pun bergerak ke Pasar Chowrasta. Disinilah duit gaji ku dilaburkan, beli souvenirs, jeruk madu Pak Ali, baju Penang buat family dan diri sendiri. Pasar dia bukan macam pasar malam atau bazar ramadan dia lebih kepada macam Pasar Siti Khadijah, haa siapa pernah pergi haa macam tulahh.
Muka gembira shopping lagi dua yang dekat kiri tu lapar mungkin.
Malamnya pula kami ke Pasar Malam Batu Feringgi. Nak ke Pasar ni kami lalu jalan yang banyak selekoh. Selekoh dia memang tajam. Kami yang duduk belakang perghh rasa macam naik rollercoaster la pulak. Niatnya nak ke sini nak tambah souvenirs tapi...macam tak nampak apa yang menarik sangat. Jadi kami pun sekadar jalan-jalan dan makan malam sahaja.
Gambar penyeri bagi Hari ke-2 berjalan di Penang. Tidak lain dan tidak bukan Hajah Cumi-cumi kita.
Bersambung..part 3.
wahhh.. syok ye sis pegi penang? adikkkk manisssss....
ReplyDelete