Caption buat anda seperti sesak nafas? Sabar ianya bukan seperti yang anda semua bayangkan dan bukannya sebarang misteri mahupun spiritual.
Kami selalu kalau pergi misi melancong sememangnya akan berlima. Tapi disebabkan masalah-masalah tertentu Zuah tak dapat ikut kami. Sedih...,Tapi hanya topi Zuah sahaja yang menemani kami sepanjang melancong di CH.
Ianya sekadar 'short vacay' 2 Hari 1 Malam.
Tapi cukup buat kami yang memerlukan udara yang segar bagi memulakan semester baru yang semakin mencabar.
Antara tempat menarik yang kami pergi beserta gambar bukan biashe-biashe :
1. KEA FARM
Dekat sini macam-macam jual dari segi makanan (Strawberry, Ubi keledek, Ayam Gunting), teh CH, baju-baju, mask muka, patung, bantal, dan aneka souvenirs bermotifkan 'CH Kamaron Hailon'
Strawberry kami beli 1 Tray kongsi 4 orang.
Teh ni dalam rm7 kalau tak silap. Chocolate Blueberry ni pulak beli 5 pcs cuma RM10.
Ubi keledek atau dalam english they called it 'Manisnya Kentang Ini'. RM3/5 dalam 1 plastik kecil dan dalam tu ada 4/5 biji ubi keledek.
Adu, adu sedapnya, lapar pulak perut.
2. PASAR MALAM GOLDEN HILL
Aneka jenis barangan seperti pokok kaktus, ubi keledek, baju-baju, keychain, bantal, patung tulisan Cameron Highlands pun ada jual dekat sini. Kalau nak beli buah tangan boleh la korang beli dekat sini, murah-murah je. Bagi aku lagi murah dekat sini kalau nak beli strawberry 1 tray berbanding dengan harga dekat Kea Farm.
Bunga-bungaan. Sesiapa yang nak bagi dekat buah hati boleh la beli. Yang masih single makan hati jelaa. Hahaha
Aneka keychain. Mur-mur saja adik maniss.
Suasana di pasar malam dah macam dekat luar negara fefeeling..
3. HOTEL PARKLAND EXPRESS
Untuk 1 malam harganya dalam RM100+ kalau tak silap dan semestinya tempah dengan aplikasi 'Trivago'. Kami order katil Queen dan hotelnya amat selesa untuk 4 orang. Ada wifi, TV astro, hair dryer, untuk sterika pula kena turun level 1 sebab ianya kegunaan ramai. Bukan 1 bilik 1 sterika ye. Tapi okay je bagi kami yang suka naik turun lift hotel ni yang agak rare. Bilik air besar bagi aku. Aku pula rasa macam taknak balik sebab selesa dengan keadaan bilik dan bilik air dia yang super selesa tu. Dan semestinya bila menginap di Cameron Highlands hampa takyah gatal-gatal nak pasang aircond sebab memang dah sedia sejuk walaupun dalam bilik. Kalau panas juga, boleh la buka kipas. Yelah mana tahu ada antara korang ni mempunyai campuran darah beruang yang perlukan sejuk luar biasa daripada kebiasaan rakyat Malaysia.
Itu dia Parkland Express :)
4. CAMERON LAVENDER GARDEN
Bayaran yang dikenakan hanyalah sebanyak RM10. Dekat sini pun ada jual buah tangan macam coklat, teh, baju-baju, aiskrim Lavender pun ada uolss. Tapi mahal sikit lupa berapa. Tapi kami tak beli sebab masa ni perut tengah lapar nak makanan berat je.
Bergambar lah kami tiga ketui setelah dipaksa oleh Kak Tin. Hahaha. Kenangan katanya.
Berlatar belakangkan bunga-bunga cinta layu di pusaraa...
Cumi bersama pokok-pokok bunga kesayangannya hahaa.
Sinetron 'Ku Tenung Bunga Ungu Sampai Jadi Kelabu'
Bunts Family
Halah halah halah
Watak utama Didi & Friends
Cumi beraksi dengan kaca matanya.
5. Big Red Strawberry
Tak rancang pun nak ke sini. Tapi gigih nak datang juga. Dalam ni macam-macam ada. Dari buah tangan, haiwan comel, kedai makan, kebun strawberi, jual pokok bunga dan banyak lagi. Big Red Strawberry ni dia bertingkat-tingkat. Jadi anda dinasihatkan untuk rajin berjalan. Serajin yang mungkin. Kalau boleh pakai la sport shoes barulah tak sakit kaki.
6. BOH TEA CENTRE SUNGAI PALAS
Masuk sini tak payah bayar, percuma sahaja okay. Di sini juga merupakan syurga teh. Aneka jenis teh ada dijual disini. Dari peach, jasmine, earl grey, green tea dan banyak lagi. Suasana dekat sini memang aman damai je rasa. Sebelum korang nak menuju ke centre boh tu anda semua dikehendaki untuk panjat beberapa tingkat anak tangga untuk sampai ke puncak. Yang bawa orang tua tu dinasihatkan untuk guna laluan alternatif tertentu yang membolehkan korang naik ke puncak dengan menaiki kenderaan. Bukan apa, kesian orang-orang tua yang dah tak larat jalan. Kadang tu anak dia heret juga nenek tu naik puncak. Takut pengsan pula, sebab memang jauh juga lah nak sampai ke puncak tu. Aku yang muda ni pun rasa penat apatah lagi orang tua takut nanti depa sakit-sakit badan lah pulak lepas naik puncak tu.
Kilang pemprosesan dan pembuatan teh.
Makan makan ~~~~~~~
Ni pula merupakan antara buah tangan yang kami beli di Cameron Highlands.
1 bekas strawberry dengan coklat langsai dalam satu malam. Hehehe.
Baju kiri aku punya dengan Mekwa, Yang hitam untuk Kak Tin, Cumi dan Aifa. Topi harimau bintang tu pula untuk Adam (anak buahku).
Ni barang-barang Cumi untuk anak-anak buahnya.
Barang-barang Cumi paling banyak sebab banyak orang kirim. Sampaikan kami yang duduk belakang pun tenggelam dek barang-barang, penuh tempat duduk.
Bye ~,~
sis, letakkan bajet full sekali berapa. :D
ReplyDelete