Jelaskan kebaikan-kebaikan amalan
rumah terbuka di negara kita.
Dasawarsa
ini, rumah terbuka sering kali diadakan terutamanya pada setiap kali musim
perayaan. Di Malaysia terdapat pelbagai perayaan yang diraikan sepanjang tahun
oleh pelbagai kaum, bangsa dan agama. Antara perayaan yang diraikan ialah
seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Sambutan Deepavali, Krismas dan
sebagainya. Oleh hal yang demikian, sebagai contohnya ialah Perdana Menteri
Malaysia yang ke-enam iaitu Datuk Sri
Najib Tun Razak yang telah mengadakan majlis rumah terbuka di kediamannya
sendiri pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Bahkan, beliau juga telah
menjemput semua rakyat Malaysia bagi sama-sama merayakan dan memeriahkan
suasana majlis rumah terbuka tersebut. Hal ini menggambarkan bahawa Perdana
Menteri kita amat menggalakkan rakyatnya untuk menganjurkan majlis rumah
terbuka. Hal ini kerana terdapat banyak faedah yang dapat kita perolehi
daripada majlis rumah terbuka ini. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang
berbilang kaum dan bangsa hendaklah sentiasa bersatu padu bagi menjayakan
majlis rumah terbuka. Seterusnya, dapat menerapkan nilai vital di dalam diri
kita hasil daripada majlis rumah terbuka ini.
Selain
itu, salah satu kebaikan yang dapat kita perolehi daripada majlis rumah terbuka
ini adalah dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama saudara seagama mahupun kaum, bangsa dan agama yang
berlainan. Hal ini penting dalam membentuk sebuah masyarakat yang hidup dalam
suasana yang aman dan sejahtera. Bak kata cendekiawan hiduplah dengan
persaudaraan kerana tanpa bersaudara kita tidak akan dapat menjalankan norma
kehidupan dengan sebaiknya. Sebagaimana yang kita sedia maklum hubungan
silaturahim sememangnya berlaku di sesebuah polarisasi terutamanya di negara
kita Malaysia. Di majlis rumah terbuka ini
kita bakal bersalam-salaman, bertukar pendapat serta berkenalan dengan
lebih erat dan rapik. Secara tidak langsung, perkenalan yang singkat melalui
majlis rumah terbuka ini akan berlanjutan apabila saling bertukar nombor
telefon dengan saudara dan saudari yang baru dikenali. Hal ini juga bertepatan
dengan peribahasa tak kenal maka tak cinta. Dengan ini, amalan silaturahim ini
seyogianya dapat mengimplementasikan alpukah-alpukah yang efektif dan efisien
daripada kebaikan majlis rumah terbuka ini.
Di
samping itu, kebaikan-kebaikan majlis rumah terbuka ini juga mampu melahirkan
perpaduan di negara kita. Justeru, perpaduan ini bertepatan dengan visi kudsi
Perdana Menteri kita berdasarkan integrasi budaya masyarakat 1Malaysia.
Tamsilnya, ketika majlis rumah terbuka ini berlangsung perpaduan yang erat
bakal terjalin apabila kaum Melayu, Cina dan India bersama-sama
bertungkus-lumus menyiapkan persiapan rumah terbuka. Sebagai contoh, kaum India
sibuk menyediakan aktiviti upacara majlis, manakala kaum Cina menyiapkan
persiapan bunga api dan Melayu menyediakan hidangan makanan yang bakal dijamu
secara bersama. Lantaran itu, sikap berganding bahu amat penting bagi
menjayakan majlis seperti ini. Dengan itu, barulah munculnya sikap saling
tolong-menolong, toleransi, hormat-menghormati dan sebagainya. Pendek kata,
perpaduan merupakan wahana integrasi rakyat yang dominan untuk menanamkan
faedah atau nilai kebaikan dalam sanubari masyarakat Malaysia.
Seiring
dengan itu, majlis rumah terbuka ini dapat menerapkan jati diri bangsa yang
merupakan nilai patriotisme yang harus ada pada setiap individu yang bergelar
anak Malaysia. Jati diri ini tunggak kepada masyarakat yang cinta akan negara.
Biar kita lihat, pada era globalisasi ini ramai mahasiswa dan mahasiswi di luar
negara tidak pulang ke tanah air apabila tibanya hari perayaan kerana sebab
tertentu. Oleh hal yang demikian, mereka merayakan perayaan secara
beramai-ramai dengan mengadakan rumah terbuka. Walaupun berada di negara orang
mereka tetap inginkan masakan Melayu untuk dijamu bersama kerana perasaan rindu
akan tanah air. Bak kata peribahasa, di mana bumi berpijak, di situ langit
dijunjung. Tambahan pula, apabila berada di sesebuah majlis rumah terbuka
pakaian yang dipakai turut menunjukkan jati diri kita yang sedang dibawa oleh
setiap kaum, bangsa dan agama dengan cara berpakaian yang tersendiri.
Contohnya, kaum Melayu memakai baju kurung bagi perempuan dan baju Melayu bagi
lelaki yang turut menjukkan jati diri orang Melayu ketika memakai pakaian
tradisional yang tidak ditelan zaman. Sehubungan dengan itu, kita perlu
berkolaboratif bagi mencapai jati diri sebagai anak watan Malaysia melalui
majlis ini.
Sementara
itu, keutuhan ekonomi negara juga dapat dijanakan melalui majlis rumah terbuka
ini. Keutuhan ekonomi negara Malaysia dapat dipesatkan melalui perancangan yang
sistematik dan pragmatik. Hal ini akan tercetus apabila mengamalkan sikap bagai
aur dengan tebing dalam melakukan apa jua pekerjaan dalam rencah kehidupan.
Sebagai analoginya, berdasarkan daripada tahun ke tahun kita akan dapati bahawa
ramai masyarakat yang mengadakan majlis rumah terbuka apabila tibanya musim
perayaan. Hal ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mempunyai kewangan yang
konsisten. Lantaran itu, apabila ekonomi masyarakat stabil secara tidak
langsung ekonomi negara juga stabil. Hal ini kerana negara dapat menjana
pendapatan melalui kuasa beli rakyat dalam bidang perniagaan. Justeru, majlis
rumah terbuka ternyata begitu signifikan dalam keutuhan ekonomi sesebuah negara
untuk membendung masalah kegawatan ekonomi. Perkara ini tercetus apabila rumah
terbuka ini dapat mengumpulkan rakyat Malaysia berbilang kaum untuk bersama
berbincang memantapkan lagi ekonomi negara. Oleh itu, rumah terbuka sememangnya
mampu menjamin serta menjana keutuhan negara yang berkembang maju dan
seterusnya merupakan pemacu negara.
Tambahan
pula, bagi merancakkan industri pelancongan yang mendatangkan banyak manfaat
daripada kebaikan amalan majlis rumah terbuka. Sekali gus, dapat memperlihatkan
kepelbagaian rakyat Malaysia sama ada dari segi agama, bangsa mahupun warna
kulit yang berbeza. Antara adalah seperti kemasukan pelancong asing dari luar
negara yang datang melancong untuk melihat keindahan negara orang. Di samping,
meningkatkan lagi jumlah pelancong untuk hadir melawat Malaysia dan melihat
suasana orang Malaysia merayakan perayaan majlis rumah terbuka. Hal ini kerana,
orang Malaysia sangat mewah dari segi penyediaan makanan yang pelbagai jenis
serta melihat percikan bunga api yang berwarna-warni. Lantaran itu, dapat menunjukkan teladan yang
baik melalui sikap menghargai tetamu yang hadir. Nabi Muhammmad S.A.W pernah
bersabda supaya kita perlu sentiasa memuliakan tetamu. Oleh itu, sikap
sebeginilah yang harus kita praktikkan di dalam kehidupan seharian walaupun di
rumah sendiri apatah lagi di majlis rumah terbuka.
Seterusnya,
amalan majlis rumah terbuka merupakan salah satu alternatif bagi memupuk
asimilasi budaya antara satu sama lain. Asimilasi budaya merupakan faktor
penting dan manfaat yang bernilai di dalam sesebuah negara yang berbilang kaum.
Sebagai contohnya, memahami budaya daripada kaum lain melalui sikap saling
kunjung-mengunjung. Terutamanya apabila musim perayaan, kaum Cina hendaklah
menziarahi kaum India dengan membawa buah tangan dan begitulah sebaliknya. Hal
ini bukan sahaja seronok bahkan dapat menambahkan ilmu pengetahuan sedia ada
dan bukan seperti katak di bawah tempurung. Namun begitu, asimilasi budaya
turut memperlihatkan keunikan sosiobudaya yang begitu menarik perhatian kita
untuk dipelajari dengan lebih lanjut. Generalisasinya, asimilasi budaya juga
dapat menerapkan kebudayaan kebangsaan yang terzahir daripada kepelbagaian kaum
itu sendiri dengan corak budaya negara yang kreatif dan inovatif.
Bagi
merealisasikan sebuah negara yang mempunyai dampak yang positif negara tersebut
mestilah melambangkan imej yang baik juga. Dengan itu, Malaysia perlulah
mempunyai imej negara yang positif melalui amalan majlis rumah terbuka. Sebagai
analoginya, amalan majlis rumah terbuka mengajar kita untuk bersepakat dalam
melakukan sesuatu perkara. Bak kata peribahasa bulat air kerana pembentung,
bulat manusia kerana muafakat. Imej negara turut melambangkan identity
masyarakatnya dalam menjalani kehidupan seharian. Malahan, majlis rumah terbuka
dapat membentuk keseragaman hati dan jiwa untuk meningkatkan imej negara yang
berkualiti. Konklusinya, majlis rumah terbuka mampu untuk membuka mata pihak
luar dengan melambangkan imej negara yang berwawasan tinggi.
Selanjutnya,
majlis rumah terbuka sememangnya memberi banyak kebaikan kepada kita dalam
menjamin keamanan dan juga keselamatan negara.
Hal ini melibatkan abet dan manifestasi realiti kehidupan rakyat
Malaysia yang berbilang kaum yang saling memerlukan antara satu sama lain
Contohnya, di majlis rumah terbuka masyarakat Malaysia biasanya dihadiri oleh
hampir kesemua kaum yang merupakan kenalan rapat tidak mengira bangsa dan
agama. Hal ini tercetus apabila
masyarakat Malaysia sudah mempunyai keserasian bersama yang seterusnya tunggak kepada
jaminan keamanan dan kesejahteraan negara.
Justeru, dapat memupuk
nilai-nilai ukhuwah hasanah di dalam diri masing-masing untuk sama-sama
diteladani. Sebagai contoh, nilai berat sama dijinjing, ringan sama
dipikul merupakan sebahagian obligan penting bagi mengimarahkan lagi sesebuah
majlis rumah terbuka tersebut. Hal ini
bukan sahaja dapat dipupuk malah merupakan ulsub dan manhaj yang dapat
menanamkan lagi amalan amalan nilai murni di dalam diri kita. Oleh itu, kita perlulah mengamalkan amalan-amalan
nilai murni ini yang mudah untuk disemai melalui amalan majlis rumah terbuka
dan berkait rapat dengan impak keamanan dan kesejahteraan negara yang kita.
Natijahnya, amalan majlis rumah terbuka sememangnya
terbukti mempunyai banyak kebaikan dan kelebihan yang tersendiri. Oleh hal yang
demikian, majlis rumah terbuka perlulah diadakan pada setiap tahun apabila
tibanya musim perayaan. hal ini kerana majlis rumah terbuka
merupakan serampang dua mata bagi merealisasikan masyarakat yang berdaya
saing dalam memajukan sesebuah negara. Selain itu, majlis rumah terbuka
adalah alternatif yang berkesan bagi santapan nurani setiap ahli masyarakat
Malaysia. Sekali gus, bagi menerapkan alpukah-alpukah positif dan
bergerak aktif selari dengan arus pemodenan negara Malaysia. Tamsilnya,
Perdana Menteri kita yang merupakan rol model yang terbaik yang boleh dijadikan
contoh kepada masyarakat Malaysia. Semoga dengan ini, kebaikan-kebaikan
amalan majlis rumah terbuka ini dapat berkembang dan diterapkan secara holistik
dalam realiti kehidupan setiap masyarakat Malaysia serta menjadi tunggak nadi
kehidupan bangsa dan negara.
No comments:
Post a Comment