Lagu :)

19 July 2020

PROGRAM RUMAH TERBUKA 2013


Program Rumah Terbuka merupakan satu alternatif bagi mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia. Rumah Terbuka acap kali diadakan apabila menjelangnya hari perayaan pada setiap tahun. Antara perayaan yang disambut di Malaysia ialah seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Pesta Keamatan, Pesta Gawai dan sebagainya. Oleh itu, aktiviti-aktiviti sempena program Rumah Terbuka hendaklah disediakan bagi memeriahkan suasana rumah terbuka tersebut.

 

Aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan sempena program rumah terbuka ialah tarian pelbagai kaum. Tarian pelbagai kaum ini adalah merupakan program yang popular sekali di kalangan masyarakat Malaysia dan diminati ramai. Sebagai contoh yang boleh diketengahkan ialah tarian Zapin yang mewakili masyarakat Melayu dan juga terdiri daripada penari perempuan dan lelaki yang menari bersama semasa irama lagu dimainkan. Bahkan, tarian singa memperlihatkan budaya masyarakat Cina yang menggunakan boneka Singa yang dipakai oleh beberapa orang lelaki atau perempuan mengikut rentak yang dimainkan. Malahan, terdapat pelbagai pertunjukan tarian daripada setiap kaum yang mempunyai keunikan dan aura yang tersendiri.

 

Seterusnya, salah satu aktiviti yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia ialah kepelbagaian variasi hidangan makanan tradisional yang dihidangkan kepada para tetamu khusus dalam program Rumah Terbuka. Sebagai analoginya, makanan seperti ketupat, rendang yang disediakan masyarakat Melayu serta tosei, vadei oleh masyarakat India dan kuih bulan yang didatangkan khas oleh masyarakat majmuk di Malaysia mempunyai keistimewaan, kepelbagaian rasa dan cara menjamunya. Sekali gus, membuatkan tetamu yang hadir rambang mata untuk memilihnya. Oleh hal yang demikian, masyarakat seyogianya akan terpikat dengan kepelbagaian makanan tradisional yang dihidangkan kerana tak kenal maka tak cinta.

Selain itu, aktiviti memperagakan pakaian tradisional turut dapat dijalankan melalui persembahan atau pertunjukan fesyen pemakaian baju tradisional. Pemakaian baju tradisional yang dipakai oleh model melambangkan identity bangsa sesebuah kaum itu. Tamsilnya, pemakaian baju Melayu dan baju Kurung oleh kaum Melayu memperlihatkan ciri-ciri kesopanan dan kesantunan yang sememangnya wujud dalam jati diri kaum ini. Lantaran itu, masyarakat Malaysia dapat mengenal cara pemakaian pakaian tradisional oleh setiap kaum. Malahan, masyarakat juga dapat bersama-sama memajukan industry fesyen tanah air melalui penghasilan karya yang bermutu tinggi. Oleh itu, masyarakat Malaysia perlulah memakai pakaian tradisional ketika menghadiri program Rumah Terbuka sebagai lambang identiti bangsa yang bersatu padu.

Di samping itu, pameran adat dan budaya masyarakat Malaysia merupakan hal yang signifikan untuk diadakan di program Rumah Terbuka. Hal ini dapat dilakukan dengan menyediakan sebuah sudut informasi kepada tetamu yang hadir. Sebagai contoh, sudut memperkenalkan adat dan budaya masyarakat kaum Melayu, India, Cina dan sebagainya seperti tulisan kaligrafi masyarakat Cina yang membawa maksud yang tersendiri dan cantik untuk dibuat hiasan malah keuntungan kepada mereka sendiri. Seterusnya, bagi masyarakat India pula kewujudan bahasa Sanskrit dan bahasa Tamil yang merupakan bahasa komunikasi mereka sejak dahulu lagi. Oleh hal yang demikian, pameran adat dan budaya masyarakat Malaysia dapat dipelajari dengan mudah melalui program ini.

Intihanya, aktiviti-aktiviti sempena program rumah terbuka terbukti membawa pulangan yang baik kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Di samping itu, program sebegini perlulah lebih dipergiatkan bagi menarik minat ramai lagi masyarakat Malaysia untuk menyertainya. Sekali gus, mempelbagaikan lagi aktiviti sempena program rumah terbuka ini. Selanjutnya, aktiviti-aktiviti sempena program rumah terbuka ini dapat direalisasikan bersama, bak kata pepatah berat sama dijinjing, ringan sama dipikul bagi melahirkan masyarakat yang bersatu padu membina asimilasi budaya yang jitu.

 


KEPENTINGAN AMALAN BERJIMAT CERMAT DALAM KALANGAN MASYARAKAT 2013


            Amalan berjimat-cermat merupakan amalan mulia dalam kehidupan. Amalan ini dapat mengelakkan diri daripada bersikap boros. Tambahan pula, Islam sendiri menegah umatnya daripada bersikap boros dalam berbelanja kerana boros itu amalan syaitan. Selain itu, amalan berjimat cermat ini juga memberi banyak faedah kepada kita pada masa hadapan. Oleh itu, sebagai masyarakat yang berhemah marilah kita bersama-sama memupuk amalan berjimat cermat ketika berbelanja.

            Kepentingan amalan berjimat cermat dalam masyarakat adalah untuk kepentingan pendidikan. Dewasa ini, pendidikan amat penting dalam menerpa alam pekerjaan yang seterusnya menjana pendapatan masyarakat Malaysia. Oleh hal yang demikian, amalan berjimat cermat ini perlu dilakukan oleh masyarakat bagi mengatasi masalah kewangan apabila mereka ingin mendapatkan pendidikan. Sebagai contoh, masyarakat kita sering bersikap boros ketika berbelanja dan kemudiannya menyumbangkan kepada masalah ketika mereka hendak melanjutkan pelajaran kerana masalah kewangan menjadi punca utama . Justifikasinya, masyarakat Malaysia haruslah mempraktikkan amalan berjimat-cermat untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna.

            Selanjutnya, salah satu kepentingan amalan kepentingan berjimat cermat dalam kalangan masyarakat adalah dapat dijadikan tabungan pada hari tua. Hal ini berkait rapat dengan sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Hal ini pula justeru dapat membantu masyarakat daripada masalah bebanan hutang. Sebagai contoh, masyarakat Malaysia biasanya menganggap bahawa dirinya masih muda untuk melakukan langkah penjimatan. Oleh hal yang demikian, tabungan pada hari tua ini amat signifikan untuk keperluan kecemasan pada hari tua. Lantaran itu, amalan berjimat cermat perlulah dilakukan mulai sekarang agar masyarakat mempunyai simpanan pada masa hadapan.

            Tambahan pula, kepentingan amalan berjimat cermat dalam kalangan masyarakat juga dapat memajukan dan pembangunan negara. Hal ini demikian kerana melalui amalan berjimat cermat kestabilan ekonomi negara dapat dicapai. Sekali gus, dapat memacu kemajuan dan pembangunan negara melalui pelbagai bidang seperti sains dan teknologi yang semakin canggih. Misalnya, Malaysia semakin maju dalam sektor bioteknologi bagi memudahkan manusia pada masa hadapan. Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengorak langkah memajukan kemajuan dan pembangunan negara agar transformasi ini menjamin masa depan yang cerah.

            Kepentingan amalan berjimat cermat dapat membantu masyarakat membiayai kos perubatan apabila mereka mendapatkan rawatan. Hal ini timbul apakala, kejadian yang tidak dingini berlaku dan amalan sediakan payung sebelum hujan menjadi penyelamat. Bahkan, kepentingan amalan berjimat cermat turut membantu menyelamatkan nyawa masyarakat Malaysia yang tidak berdosa. Contohnya, ada sesetengah masyarakat yang mempunyai penyakit kronik dan memerlukan rawatan dengan segera jika tidak nyawanya yang bakal melayang. Tegasnya, amalan berjimat cermat mampu menjamin kehidupan masyarakat Malaysia lebih bermakna.

            Intihanya, amalan berjimat cermat sudah pasti akan meninggalkan dampak positif kepada kehidupan masyarakat Malaysia. Hal ini adalah kerana sumber kewangan yang mencukupi sudah tentu menjamin masa depan yang cerah. Bak kata cendekiawan, Mahatma Gandhi berfikirlah untuk hari esok, namun bertindaklah hari ini. Oleh hal yang demikian, masyarakat hendaklah mengamalkan amalan berjimat cermat yang membawa seribu satu kebaikan kepada kehidupan seharian kita.


KEMALANGAN JALAN RAYA 2013

Kemalangan Jalan Raya Punca Dan Tindakan

 

Berdasarkan perangkaan Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ sejak tiga tahun lalu, kes kemalangan jalan raya merupakan penyebab utama kematian di negara ini dengan purata 16 kematian setiap hari atau lima ratus setiap bulan.  perangkaan itu merujuk kepada jumlah kes kemalangan yang dilaporkan kepada  pihak polis di seluruh negara dari tahun 2004 hingga 2006.  fokus perbincangan dalam rencana ini tertumpu  kepada pengguna  yang menjadi punca utama nahas jalan raya.  Hal ini demikian kerana soal mengurangkan kemalangan jalan raya lazimnya membabitkan dua timbal balas,  iaitu satu aspek inisiatif kerajaan dan satu lagi respons rakyat.

 

         Menurut Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Solah Mat Hassan sebanyak 18,698 pengguna jalanraya terbunuh akibat kemalangan dengan purata lebih 6000 kematian setahun dalam tempoh itu. Pada tahun 2004 sebanyak 300, 814 kes kemalangan jalan raya dilaporkan kepada pihak polis dengan 6223 kematian. Pada tahun 2005 jumlah kemalangan ialah 341,232 kes  dengan 6287  kematian. Angka-angka  ini bukanlah petanda yang baik kerana hakikatnya kerajaan sudah melakukan segala-galanya untuk menghalang tragedi daripada berlaku termasuk Ops Statik, meningkatkan rondaan, memasang perangkap laju, mengadakan sekatan mengejut,  selain memasang papan tanda amaran sebagai peringatan.

 

             Satu kajian yang dilakukan oleh Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya,  Universiti Putra Malaysia menunjukkan tiga punca utama dikenal pasti menyebabkan kemalangan dan kematian, iaitu faktor manusia sebanyak 67 peratus, jalan dan alam sekitar sebanyak 28 peratus,  manakala kenderaan lima peratus. Oleh itu, walaupun sebanyak mana kempen diadakan kemalangan tetap akan berlaku sekiranya pengguna jalan raya tidak memilih untuk berubah menanganinya.  Sudah banyak yang dilakukan  oleh pihak berkuasa terutama polis dan JPJ dalam menyedarkan para pemandu di negara ini, tetapi semuanya ibarat mencurah ke daun keladi. Ada sesetengah pemandu lebih takut akan surat saman daripada menghadapi maut di jalan raya Polis Diraja Malaysia (PDRM) mungkin boleh menempatkan beribu-ribu anggotanya untuk  mengawal lebuh raya atau jalan raya  tetapi pemandu itu sendiri yang tidak dapat diubah,  maka tragedi akan terus berulang. Mereka tahu bahawa kelajuan boleh membunuh diri sendiri atau orang lain,  tetapi banyak yang tidak peduli.

 

             Alasan tersebut turut diperkukuhkan  menerusi satu kajian lain mengenai peningkatan jumlah kemalangan jalan raya dibuat oleh pelbagai pihak terutamanya PDRM yang menunjukkan sikap manusia antara faktor utama penyumbang kepada pertambahan kemalangan di negara ini.  Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberitahu, pihaknya telah menjalankan kajian berhubung perkara itu dan mendapati sikap tidak sabar rakyat di negara ini merupakan punca kemalangan kerap berlaku. Orang ramai mempunyai sikap tidak sabar ketika memandu,  nilai-nilai ketimuran semakin terhakis apabila memegang stereng dan kurang berhemah di jalan raya.  Mereka mudah rasa tercabar jika ada orang lain memandu laju dan memotong kereta mereka. Apabila  keadaan ini berlaku mereka akan memecut balik tanpa menyedari perbuatannya mampu mengundang kemalangan jalan raya. Oleh itu, orang ramai harus mengikis sikap itu bagi memastikan jumlah kemalangan berkurangan dan selamat sampai ke destinasi yang dituju.

 

             Dengan kata lain,  faktor kemanusiaan yang sememangnya boleh dielakkan adalah penyebab utama kebanyakan kemalangan jalan raya. Pentingnya perubahan sikap ke atas pengguna jalan raya sering diuar-uarkan oleh pelbagai pihak,  tetapi tidak ke mana. Hal  Inilah yang perlu diberi penekanan tentang cara mengubah sikap pengguna jalan raya di negara kita yang kerap membelakangkan undang-undang di jalan raya sehingga membawa padah kepada diri sendiri dan orang lain. Pemandu- pemandu di negara kita  tersohor dengan sikap suka memotong di tempat yang tidak dibenarkan,  memandu laju melebihi had,  membuli,  melanggar arahan lampu isyarat,  dan sebagainya. Kita  dapat menyaksikan kesesakan yang melampau,  bermacam cara dan ragam pemanduan,  dan paling ketara ialah sikap pengguna dalam keadaan mengejar masa.  Dalam suasana trafik yang jelas tidak berkompromi,  pengguna mudah hilang sabar. Apabila hal ini memuncak,  ada pengguna naik angin. Mereka bukan sahaja melanggar peraturan, tetapi  bersikap mementingkan diri sendiri,  dan tidak mengambil berat keselamatan diri  apatah lagi pengguna lain. Lebih mengecewakan lagi, jika sikap pemandu yang tidak bertamadun ini  menyusahkan pengguna lain yang tidak bersalah,  bayangkanlah dalam sesetengah kemalangan pemandu biadab terselamat sedangkan pemandu yang berhati-hati pula sengsara atau terkorban tanpa diundang.   

 

             Sebenarnya banyak faktor lain yang menyumbang kepada  kemalangan jalan raya. Statistik kadar kemalangan amat tinggi  di jalan biasa berbanding di lebuh raya sekaligus membuktikan bahawa jalan raya merupakan punca utama penyumbang kemalangan maut. Hal ini disebabkan jalan biasa, iaitu jalan persekutuan,  Bandaran dan negeri hanya mempunyai satu lorong sehala dan kelebaran jalan yang tidak menjamin keselamatan pemanduan.  Memang tidak dinafikan bahawa pengguna tentunya mahu perjalanan pulang ke kampung atau bergerak ke mana-mana sahaja dalam keadaan selesa dan selamat. Walau bagaimanapun  tidak semua pengguna jalan raya arif akan keadaan jalan raya terutamanya bagi mereka yang sekali-sekala gunakan jalan yang dianggap baharu bagi mereka.  Oleh itu, ciri-ciri keselamatan mesti diambil kira oleh Jabatan Kerja Raya supaya perjalanan setiap pemandu lebih sempurna dan meyakinkan. Tidak ada gunanya kempen demi kempen diadakan jika jalan yang disogokkan kepada pengguna dalam keadaan yang tidak sempurna seperti berlubang di sana sini,  tiada papan tanda amaran,  permukaan jalan raya yang tidak rata,  dan sebagainya yang boleh mengundang bahaya jika kenderaan dipandu laju dan gagal dikawal. Pemandu  akan cuba mengelak jalan yang berlubang sama ada ke tengah, ke tepi dan tidak mustahil kenderaan yang dipandu akan hilang kawalan. Penunggang motosikal kemungkinan besar mereka akan terbabas,  jatuh atau digesel oleh kenderaan yang lebih besar.

 

            Dalam  pada itu,  bagi jalan yang baru diturap,  pihak Jabatan Kerja Raya mestilah meletakkan garisan tengah atau pembahagi jalan supaya pergerakan kenderaan berada di posisi yang sepatutnya dan tidak memasuki laluan bertentangan. Bagi jalan yang baru jalannya rendah, eloklah ditambak tanah merah supaya kenderaan tidak mudah terbabas apabila tergelincir ke bahu jalan. Papan tanda arahan dan amaran mestilah lengkap dan berada dalam keadaan memuaskan dan dalam hal ini JKR mestilah memastikan papan tanda yang sudah rosak atau hilang, dibaiki dan diganti dengan yang baharu.  Hal ini perlu diberi perhatian yang serius kerana pergerakan kenderaan terutamanya pada musim perayaan tidak tentu masanya. Ada  yang memulakan perjalanan pada waktu awal malam, tengah malam dan bagi yang beragama Islam ada yang gemar bertolak selepas bersahur.

 

            Suatu  hakikat yang harus diterima ialah kunci mengatasi ancaman keselamatan jalan raya ini bukan terletak pada Ops Sikap atau mana-mana kempen semata-mata. Tetapi  sebaliknya lebih menjurus kepada perubahan sikap pemandu secara keseluruhan. Mengubah  sikap pemandu bukan kerja mudah. Pemandu  bukan robot yang boleh diubah  mengikut alat kawalan. Pemandu  ialah manusia yang dikurniakan akal untuk berfikir,  tetapi orang lain tidak boleh memaksa seseorang untuk berfikir atau berubah dengan cermat,  tidak semestinya mereka akan mengikut arahan kita kecuali atas kemahuan mereka sendiri. Sikap  gopoh dan suka memandu tanpa mempedulikan orang lain Bukan ada pada semua orang,  namun dengan adanya segelintir pemandu yang bersikap demikianlah yang menyumbang kepada berlakunya nahas di jalan raya. Untuk  mengelakkan rasa tidak sabar dan mudah marah hingga mengakibatkan kecelakaan,  pemandu perlu memperbanyak doa dan menenangkan hati. Penumpang  yang bersama-sama dalam kenderaan pula jangan sama-sama menyumbang kepada kemarahan pemandu,  sebaliknya cuba sedaya upaya menyelamatkan nyawa masing-masing dengan apa-apa jua cara. Pemandu tidak perlu melulu, kerana dengan sifat takwa sewaktu memandu, tidak mustahil semua keluarga akan bersatu.

 

Seperti yang Ditegaskan bahawa sikap merupakan punca utama yang mengundang tragedi masih membelenggu rakyat negara ini. Atas alasan ini kerajaan akan terus melaksanakan kempen seperti Ops Pacak, Ops Statik dan kemudian Ops Sikap di samping melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa semata-mata untuk mengubah sikap pengguna. Sebelum  sikap berubah,  kefahaman kita perlu berubah.  Sebenarnya kesalahan yang dilakukan itu dapat dibahagi kepada tiga iaitu kesilapan, terlepas pandang dan pelanggaran. Kesilapan  ialah perkara yang bukan biasa berlaku dalam tingkah laku manusia tetapi mungkin disebabkan kerana tersalah agak.  Kedua terlepas pandang, misalnya kita bagi signal ke kiri tetapi belok ke kanan atau hendak masuk gear tiga termasuk  gear lima. Namun,  terlepas pandang masih dapat dikurangkan melalui praktis. Tetapi, kesalahan yang paling besar ialah pelanggaran. Pengguna bukan tidak mengetahui peraturan jalan raya, tetapi disengajakan. Cara  terbaik mengelakkan perkara ini daripada berlaku ialah kawalan dalam diri sendiri dan kawalan dari luar. Dalam  diri sendiri ialah tertumpu kepada aspek Pendidikan Keselamatan Jalan Raya jangka panjang. Pengalaman di negara-negara yang lebih berjaya,  jika telah melaksanakan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya ini pada peringkat awal kanak-kanak lagi dan hal ini yang akan dilaksanakan di negara kita.

 

Selain itu,  bagi memastikan kemalangan jalan raya tidak berlaku,  setiap pengguna jalan raya perlulah buat persiapan rapi sebelum memulakan perjalanan.  Hal ini demikian kerana walaupun telah berulang kali diingatkan,  kebanyakan pemandu berada dalam keadaan tidak bersedia baik dari segi mental mahupun fizikal. Memandu  dalam keadaan  mengantuk,  enggan berhenti kerana mahu cepat sampai misalnya menyebabkan pemandu hilang tumpuan dan gagal mengawal kenderaan jika berlaku sesuatu  keadaan yang tidak diingini. Sikap-sikap  negatif seperti tidak sabar untuk sampai ke destinasi harus diketepikan. Memandu laju bukan bermakna  kita akan sampai ke destinasi, tetapi kalau tersilap langkah mungkin akan bertukar jadi satu tragedi yang memilukan. Lantaran itu, jika seseorang itu hendak tiba pada waktu tertentu,  rancang perjalanan lebih awal. Di Jepun, bandar seperti Tokyo atau Yokohama memang terkenal sentiasa sesak, tetapi pemandu-pemandu mereka mengambil berat soal merancang  perjalanan. Mereka  merancang dua jam lebih awal,  tetapi sebaliknya masyarakat kita lebih suka berada dalam kesesakan jalan raya,  berlawan dengan emosi yang akhirnya mengundang bahaya kepada diri sendiri,  keluarga dan orang lain.

 

    Sebagai intiha, pelbagai kempen dan prakarsa telah dirangka dan dilaksanakan termasuklah penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya tidak kira sama ada pada musim perayaan. Oleh itu,  perubahan sikap daripada negatif kepada positif secara langsung dapat menggunakan kadar kemalangan dan tidak hanya sekadar bergantung pada ikhtiar kerajaan semata-mata.

 


KEBAIKAN AMALAN RUMAH TERBUKA 2013

Jelaskan kebaikan-kebaikan amalan rumah terbuka di negara kita.

 

            Dasawarsa ini, rumah terbuka sering kali diadakan terutamanya pada setiap kali musim perayaan. Di Malaysia terdapat pelbagai perayaan yang diraikan sepanjang tahun oleh pelbagai kaum, bangsa dan agama. Antara perayaan yang diraikan ialah seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Sambutan Deepavali, Krismas dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, sebagai contohnya ialah Perdana Menteri Malaysia yang ke-enam  iaitu Datuk Sri Najib Tun Razak yang telah mengadakan majlis rumah terbuka di kediamannya sendiri pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Bahkan, beliau juga telah menjemput semua rakyat Malaysia bagi sama-sama merayakan dan memeriahkan suasana majlis rumah terbuka tersebut. Hal ini menggambarkan bahawa Perdana Menteri kita amat menggalakkan rakyatnya untuk menganjurkan majlis rumah terbuka. Hal ini kerana terdapat banyak faedah yang dapat kita perolehi daripada majlis rumah terbuka ini. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa hendaklah sentiasa bersatu padu bagi menjayakan majlis rumah terbuka. Seterusnya, dapat menerapkan nilai vital di dalam diri kita hasil daripada majlis rumah terbuka ini.

            Selain itu, salah satu kebaikan yang dapat kita perolehi daripada majlis rumah terbuka ini adalah dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama saudara seagama  mahupun kaum, bangsa dan agama yang berlainan. Hal ini penting dalam membentuk sebuah masyarakat yang hidup dalam suasana yang aman dan sejahtera. Bak kata cendekiawan hiduplah dengan persaudaraan kerana tanpa bersaudara kita tidak akan dapat menjalankan norma kehidupan dengan sebaiknya. Sebagaimana yang kita sedia maklum hubungan silaturahim sememangnya berlaku di sesebuah polarisasi terutamanya di negara kita Malaysia. Di majlis rumah terbuka ini  kita bakal bersalam-salaman, bertukar pendapat serta berkenalan dengan lebih erat dan rapik. Secara tidak langsung, perkenalan yang singkat melalui majlis rumah terbuka ini akan berlanjutan apabila saling bertukar nombor telefon dengan saudara dan saudari yang baru dikenali. Hal ini juga bertepatan dengan peribahasa tak kenal maka tak cinta. Dengan ini, amalan silaturahim ini seyogianya dapat mengimplementasikan alpukah-alpukah yang efektif dan efisien daripada kebaikan majlis rumah terbuka ini.

            Di samping itu, kebaikan-kebaikan majlis rumah terbuka ini juga mampu melahirkan perpaduan di negara kita. Justeru, perpaduan ini bertepatan dengan visi kudsi Perdana Menteri kita berdasarkan integrasi budaya masyarakat 1Malaysia. Tamsilnya, ketika majlis rumah terbuka ini berlangsung perpaduan yang erat bakal terjalin apabila kaum Melayu, Cina dan India bersama-sama bertungkus-lumus menyiapkan persiapan rumah terbuka. Sebagai contoh, kaum India sibuk menyediakan aktiviti upacara majlis, manakala kaum Cina menyiapkan persiapan bunga api dan Melayu menyediakan hidangan makanan yang bakal dijamu secara bersama. Lantaran itu, sikap berganding bahu amat penting bagi menjayakan majlis seperti ini. Dengan itu, barulah munculnya sikap saling tolong-menolong, toleransi, hormat-menghormati dan sebagainya. Pendek kata, perpaduan merupakan wahana integrasi rakyat yang dominan untuk menanamkan faedah atau nilai kebaikan dalam sanubari masyarakat Malaysia.

            Seiring dengan itu, majlis rumah terbuka ini dapat menerapkan jati diri bangsa yang merupakan nilai patriotisme yang harus ada pada setiap individu yang bergelar anak Malaysia. Jati diri ini tunggak kepada masyarakat yang cinta akan negara. Biar kita lihat, pada era globalisasi ini ramai mahasiswa dan mahasiswi di luar negara tidak pulang ke tanah air apabila tibanya hari perayaan kerana sebab tertentu. Oleh hal yang demikian, mereka merayakan perayaan secara beramai-ramai dengan mengadakan rumah terbuka. Walaupun berada di negara orang mereka tetap inginkan masakan Melayu untuk dijamu bersama kerana perasaan rindu akan tanah air. Bak kata peribahasa, di mana bumi berpijak, di situ langit dijunjung. Tambahan pula, apabila berada di sesebuah majlis rumah terbuka pakaian yang dipakai turut menunjukkan jati diri kita yang sedang dibawa oleh setiap kaum, bangsa dan agama dengan cara berpakaian yang tersendiri. Contohnya, kaum Melayu memakai baju kurung bagi perempuan dan baju Melayu bagi lelaki yang turut menjukkan jati diri orang Melayu ketika memakai pakaian tradisional yang tidak ditelan zaman. Sehubungan dengan itu, kita perlu berkolaboratif bagi mencapai jati diri sebagai anak watan Malaysia melalui majlis ini.

            Sementara itu, keutuhan ekonomi negara juga dapat dijanakan melalui majlis rumah terbuka ini. Keutuhan ekonomi negara Malaysia dapat dipesatkan melalui perancangan yang sistematik dan pragmatik. Hal ini akan tercetus apabila mengamalkan sikap bagai aur dengan tebing dalam melakukan apa jua pekerjaan dalam rencah kehidupan. Sebagai analoginya, berdasarkan daripada tahun ke tahun kita akan dapati bahawa ramai masyarakat yang mengadakan majlis rumah terbuka apabila tibanya musim perayaan. Hal ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mempunyai kewangan yang konsisten. Lantaran itu, apabila ekonomi masyarakat stabil secara tidak langsung ekonomi negara juga stabil. Hal ini kerana negara dapat menjana pendapatan melalui kuasa beli rakyat dalam bidang perniagaan. Justeru, majlis rumah terbuka ternyata begitu signifikan dalam keutuhan ekonomi sesebuah negara untuk membendung masalah kegawatan ekonomi. Perkara ini tercetus apabila rumah terbuka ini dapat mengumpulkan rakyat Malaysia berbilang kaum untuk bersama berbincang memantapkan lagi ekonomi negara. Oleh itu, rumah terbuka sememangnya mampu menjamin serta menjana keutuhan negara yang berkembang maju dan seterusnya merupakan pemacu negara.

            Tambahan pula, bagi merancakkan industri pelancongan yang mendatangkan banyak manfaat daripada kebaikan amalan majlis rumah terbuka. Sekali gus, dapat memperlihatkan kepelbagaian rakyat Malaysia sama ada dari segi agama, bangsa mahupun warna kulit yang berbeza. Antara adalah seperti kemasukan pelancong asing dari luar negara yang datang melancong untuk melihat keindahan negara orang. Di samping, meningkatkan lagi jumlah pelancong untuk hadir melawat Malaysia dan melihat suasana orang Malaysia merayakan perayaan majlis rumah terbuka. Hal ini kerana, orang Malaysia sangat mewah dari segi penyediaan makanan yang pelbagai jenis serta melihat percikan bunga api yang berwarna-warni. Lantaran itu, dapat menunjukkan teladan yang baik melalui sikap menghargai tetamu yang hadir. Nabi Muhammmad S.A.W pernah bersabda supaya kita perlu sentiasa memuliakan tetamu. Oleh itu, sikap sebeginilah yang harus kita praktikkan di dalam kehidupan seharian walaupun di rumah sendiri apatah lagi di majlis rumah terbuka.

            Seterusnya, amalan majlis rumah terbuka merupakan salah satu alternatif bagi memupuk asimilasi budaya antara satu sama lain. Asimilasi budaya merupakan faktor penting dan manfaat yang bernilai di dalam sesebuah negara yang berbilang kaum. Sebagai contohnya, memahami budaya daripada kaum lain melalui sikap saling kunjung-mengunjung. Terutamanya apabila musim perayaan, kaum Cina hendaklah menziarahi kaum India dengan membawa buah tangan dan begitulah sebaliknya. Hal ini bukan sahaja seronok bahkan dapat menambahkan ilmu pengetahuan sedia ada dan bukan seperti katak di bawah tempurung. Namun begitu, asimilasi budaya turut memperlihatkan keunikan sosiobudaya yang begitu menarik perhatian kita untuk dipelajari dengan lebih lanjut. Generalisasinya, asimilasi budaya juga dapat menerapkan kebudayaan kebangsaan yang terzahir daripada kepelbagaian kaum itu sendiri dengan corak budaya negara yang kreatif dan inovatif.

            Bagi merealisasikan sebuah negara yang mempunyai dampak yang positif negara tersebut mestilah melambangkan imej yang baik juga. Dengan itu, Malaysia perlulah mempunyai imej negara yang positif melalui amalan majlis rumah terbuka. Sebagai analoginya, amalan majlis rumah terbuka mengajar kita untuk bersepakat dalam melakukan sesuatu perkara. Bak kata peribahasa bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Imej negara turut melambangkan identity masyarakatnya dalam menjalani kehidupan seharian. Malahan, majlis rumah terbuka dapat membentuk keseragaman hati dan jiwa untuk meningkatkan imej negara yang berkualiti. Konklusinya, majlis rumah terbuka mampu untuk membuka mata pihak luar dengan melambangkan imej negara yang berwawasan tinggi.

            Selanjutnya, majlis rumah terbuka sememangnya memberi banyak kebaikan kepada kita dalam menjamin keamanan dan juga keselamatan negara.  Hal ini melibatkan abet dan manifestasi realiti kehidupan rakyat Malaysia yang berbilang kaum yang saling memerlukan antara satu sama lain Contohnya, di majlis rumah terbuka masyarakat Malaysia biasanya dihadiri oleh hampir kesemua kaum yang merupakan kenalan rapat tidak mengira bangsa dan agama.  Hal ini tercetus apabila masyarakat Malaysia sudah mempunyai keserasian bersama yang seterusnya tunggak kepada jaminan keamanan dan kesejahteraan negara.  Justeru,  dapat memupuk nilai-nilai ukhuwah hasanah di dalam diri masing-masing untuk sama-sama diteladani.  Sebagai contoh,  nilai berat sama dijinjing, ringan sama dipikul merupakan sebahagian obligan penting bagi mengimarahkan lagi sesebuah majlis rumah terbuka tersebut.  Hal ini bukan sahaja dapat dipupuk malah merupakan ulsub dan manhaj yang dapat menanamkan lagi amalan amalan nilai murni di dalam diri kita.  Oleh itu, kita perlulah mengamalkan amalan-amalan nilai murni ini yang mudah untuk disemai melalui amalan majlis rumah terbuka dan berkait rapat dengan impak keamanan dan kesejahteraan negara yang kita.

            Natijahnya, amalan majlis rumah terbuka sememangnya terbukti mempunyai banyak kebaikan dan kelebihan yang tersendiri. Oleh hal yang demikian, majlis rumah terbuka perlulah diadakan pada setiap tahun apabila tibanya musim perayaan.  hal ini kerana majlis rumah terbuka merupakan  serampang dua mata bagi merealisasikan masyarakat yang berdaya saing dalam memajukan sesebuah negara. Selain itu,  majlis rumah terbuka adalah alternatif yang berkesan bagi santapan nurani setiap ahli masyarakat Malaysia.  Sekali gus,  bagi menerapkan alpukah-alpukah positif dan bergerak aktif selari dengan arus pemodenan negara Malaysia.  Tamsilnya, Perdana Menteri kita yang merupakan rol model yang terbaik yang boleh dijadikan contoh kepada masyarakat Malaysia.  Semoga dengan ini, kebaikan-kebaikan amalan majlis rumah terbuka ini dapat berkembang dan diterapkan secara holistik dalam realiti kehidupan setiap masyarakat Malaysia serta menjadi tunggak nadi kehidupan bangsa dan negara.


18 July 2020

CARA MENGEKALKAN TAHAP DISIPLIN DALAM KALANGAN MURID 2013

Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia mengenai tahap disiplin dalam kalangan murid. Menurut Kamus Dewan disiplin didefinisikan sebagai suatu latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh kepada tatatertib. Hal ini adalah kerana disiplin merupakan wahana penting untuk membentuk sahsiah seseorang itu, Seterusnya, pelbagai usaha haruslah dilaksanakan untuk mengekalkan tahap disiplin dalam kalangan murid di sekolah. Hal ini penting dalam melahirkan modal insan yang berwawasan dan cemerlang dari segi sahsiah diri. Sebagai contohnya, murid yang berwawasan dan mempunyai tatatertib yang tinggi akan berkebolehan dalam menghasilkan produktiviti yang cemerlang dalam pelajaran mahupun kerjayanya. Hal ini persis dengan kata Professor Muhaya yang pernah mengatakan orang yang berdisiplin dalam kehidupannya akan berupaya membina impian masa depan yang gemilang. Lantaran itu, semua pihak dan murid perlu mengambil langkah sederap untuk mengekalkan tahap disiplin dalam kalangan murid.

Selain itu, suatu prakarsa perlu dilakukan untuk mengekalkan tahap disiplin dalam kalangan murid adalah dengan mematuhi peraturan sekolah. Peraturan sekolah amat signifikan untuk dipatuhi oleh semua murid yang bersekolah bagi melahirkan murid yang berdisiplin. Hal ini demikian kerana peraturan sekolah merangkumi banyak perkara seperti peraturan waktu persekolahan, pakaian, kerja-kerja sekolah, kekemasan diri dan sebagainya. Tamsilnya, peraturan mengenai waktu persekolahan yang ditetapkan oleh pihak sekolah seperti waktu rehat, waktu petang, waktu pulang dari sekolah, waktu kemasukan sekolah dan lain-lain lagi. Jika murid tersebut melanggar waktu persekolahan yang telah ditetapkan maka denda akan dikenakan kepada murid tersebut. Hal ini dilaksanakan adalah untuk mendisiplinkan murid agar sentiasa mematuhi waktu persekolahan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Malahan, dari segi kekemasan diri pula seperti kekemasan pada rambut murid, kuku dan lain-lain. Kekemasan pada rambut murid tidak mengira lelaki dan perempuan terutama murid lelaki yang suka membuat stail rambut yang tersendiri serta malas memotong rambut. Manakala murid perempuan cina yang suka membuat stail rambut yang menutup dahi hal ini tidak digalakkan oleh pihak sekolah kerana dikhuatiri murid akan sukar untuk menjalani proses pembelajaran. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa mematuhi peraturan sekolah merupakan prakarsa yang positif dan efektif untuk mengekalkan tahap disiplin dalam kalangan murid. Sekali gus, murid harus mengorak langkah bagi merealisasikan prakarsa ini.

Tambahan pula, dengan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum seperti unit beruniform, sukan permainan, kelab persatuan dan melibatkan diri dalam aktiviti luar. Hal ini penting supaya murid tidak seperti burung dalam sangkar, mata lepas badan terkurung. Sekali gus, melatih murid berdisiplin melalui nilai amanah, bertanggungjawab, mempunyai jati diri dan semangat berpasukan. Misalnya, melalui aktiviti sukan permainan murid akan dapat membina semangat kesukanan dan berpasukan apabila bergaul dengan murid lain dalam merancang strategi permainan. Selanjutnya, melalui aktiviti kokurikulum unit beruniform, apabila seseorang murid itu dilantik dengan jawatan seperti pengerusi, bendahari, setiausaha dan ahli jawatankuasa murid akan dapat memikul tanggungjawab melalui jawatan tersebut. Hal ini justeru akan menatijahkan dampak positif ke arah mengekalkan tahap disiplin dalam kalangan murid sekolah. Bahkan, usaha ini perlu diperluaskan dan dipergiatkan lagi di setiap sekolah rendah dan sekolah menengah. Tegasnya, murid dan pihak sekolah mesti mengambil langkah proaktif bagi menjayakan prakarsa mengekalkan tahap disiplin murid.

Di samping, tahap disiplin murid turut dikekalkan melalui usaha murid dalam menghormati guru yang mengajar di sekolah. Hal ini perlu dipupuk ke dalam diri murid supaya sentiasa menghormati guru sebagai tenaga pengajar yang banyak menyumbang ilmu kepada insan yang bergelar murid. Bahkan, martabat guru adalah tinggi kepada setiap insan, bak kata peribahasa melayu berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi. Oleh hal yang demikian, murid seharusnya menghormati guru dengan sentiasa memberi ucapan salam, tidak melawan guru, tidak membantah guru dan bercakap dengan guru dengan nada yang sederhana serta berbudi bahasa. Hal ini adalah kerana bukankah budi bahasa amalan kita? yang seterusnya wajib dicontohi terutama di antara murid dan guru. Antaranya adalah seperti mengucap salam apabila murid berselisih dengan guru walaupun bukan di kawasan persekolahan. Hal ini penting supaya murid mempunyai perasaan hormat terhadap guru. Natijahnya, murid harus berbuat baik terhadap guru termasuklah dengan menghormati guru agar disiplin murid dapat dipertingkatkan kepada tahap yang lebih drastik.

Selanjutnya, salah satu inisiatif untuk mengekalkan tahap disiplin dalam kalangan murid adalah dengan mewujudkan hubungan yang akrab dengan warga sekolah. Persis peribahasa tak kenal maka tak cinta yang membawa maksud tidak kenal maka tidak wujudlah suasana hubungan silaturahim dengan warga sekolah yang rapik. Hubungan yang akrab dengan warga sekolah antaranya adalah seperti menjalin hubungan baik, memberi teguran kepada rakan yang salah dan menjalankan aktviti sekolah secara bersama-sama. Malah, mewujudkan hubungan yang akrab ini merupakan usaha yang penting untuk mendisiplinkan murid agar mempunyai semangat kerjasama dan bermuafakat. Justifikasinya, dengan memberi teguran kepada rakan yang salah akan membuat murid lebih cakna terhadap masalah yang dialami rakan. Tambahan pula, apabila menjalankan aktiviti sekolah secara bersama secara tidak langsung akan mewujudkan semangat obligasi berpasukan yang tinggi. Hal ini adalah kerana hubungan yang akrab justeru membawa suasana yang harmoni dalam persekitaran sekolah. Tegasnya, murid perlu mengimplementasikan hubungan yang akrab dengan warga sekolah agar tahap disiplin murid akan bertambah jitu.

Sementara itu, murid juga perlu mengamalkan amalan nilai-nilai murni dalam diri mereka. Contohnya dengan bersikap bekerjasama, amanah, rasional dan bertolak ansur. Hal ini demikian kerana amalan nilai vital juga mampu mengekalkan tahap disiplin murid di sekolah bahkan apabila mereka berdua mereka di luar kawasan sekolah. Sebagai contoh, dengan mengamalkan amalan nilai-nilai murni seperti bersikap rasional murid akan lebih berfikiran terbuka dalam membuat sesuatu keputusan. Sekali gus, murid akan dapat berdisiplin kerana mampu menyelesaikan sesuatu dengan mudah tanpa bantuan orang dewasa apabila berfikiran lebih rasional. Malahan, dengan sentiasa bertolak ansur antara satu sama lain maka, persefahaman akan dapat dibentuk dengan mudah. Begitu juga, halnya dengan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri keenam Datuk Seri Najib Tun Razak yang mementingkan sikap saling bertolak ansur selain daripada perpaduan. Sawabnya, murid mesti mengamalkan nilai vital ini untuk mengekalkan tahap disiplin dalam kalangan murid secara holistik.

Seiring dengan itu, tahap disiplin murid boleh dikekalkan dengan keputusan murid yang cemerlang dalam pelajaran. Hal ini penting apabila murid dapat bersikap berdisiplin dengan tidak ponteng ke kelas yang diadakan di sekolah. Hal ini berlaku kerana murid memandang enteng akan perkara ini kerana takut apabila mereka ketinggalan subtopik yang diajar oleh guru.Persis kata peribahasa nak diluah mati emak, nak ditelan mati bapak jika mereka tidak hadir ke kelas. Tambahan pula, murid yang berdisiplin akan menghantar buku latihan untuk disemak oleh guru. Hal ini menunjukkan murid rajin menyiapkan tugasan yang diarahkan oleh guru dengan baik. Malah, murid akan lebih memanfaatkan masa dan tidak membazirkan masa yang bermanfaat begitu sahaja. Fenomena ini dikatakan kerja bertangguh tak menjadi, kerja beransur tak bertahan. Sekali gus, apabila murid tersebut cemerlang dalam pelajaran secara tidak langsung murid tersebut akan lebih memberi perhatian terhadap guru semasa proses pembelajaran dijalankan. Hal ini membuktikan bahawa murid akan sentiasa fokus dan peka terhadap perkara yang diajarkan guru secara holistik. Bahkan memudahkan murid untuk memahami setiap ilmu yang dicurahkan oleh guru tersebut. Pendek kata, seseorang murid yang cemerlang dalam pelajaran mempunyai tahap disiplin yang baik justeru murid harus mempraktikkan budaya cemerlang ini dalam memperolehi tahap disiplin dan keputusan yang terbaik.

Mauduknya, untuk mengekalkan tahap disiplin dalam kalangan murid di sekolah kerjasama antara murid, guru dan sokongan ibu bapa amat diperlukan untuk merealisasikan visi kudsi ini. Hal ini demikian kerana tanpa tiga elemen penyokong ini maka usaha ini tidak akan berjaya. Persis peribahasa bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Namun demikian, prakarsa ini juga harus dititikberatkan secara teliti untuk mendapatkan dampak yang positif. Dengan kata lain, heterogen usaha oleh semua pihak akan mampu menjayakan tahap disiplin yang memuaskan. Hal ini seterusnya agar tahap disiplin dapat menangkis segala kelakuan negatif murid. Malahan, dapat meningkatkan tahap moral murid supaya sealiran dengan daya pemikiran dan disiplin murid kelas pertama. Generalisasinya, semua pihak perlu berganding bahu bagi membina tahap disiplin murid yang ampuh dalam mendepani arus realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang. Pendek kata, tahap disiplin yang cemerlang mampu membawa murid ke puncak jagat.

29 June 2020

KARANGAN SPM "KEPENTINGAN SEKTOR PELANCONGAN KEPADA RAKYAT DAN NEGARA MALAYSIA"

Pada realitinya memang tidak dinafikan bahawa Malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai sumber semula jadi yang berpotensi dijadikan sebagai destinasi pelancongan. Oleh hal yang demikian, sektor pelancongan merupakan sektor yang amat signifikan dalam meraih pendapatan negara. Bukan itu sahaja, kerajaan turut memainkan peranan apabila mula mengisytiharkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990. Hal ini menunjukkan bahawa kerajaan semakin cakna kepada industri pelancongan kerana langkah ini berpotensi memajukan ekonomi negara. Bahkan, setiap tahun bilangan pelancong yang datang melawat Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun. Buktinya, ramai pelancong sama ada dari luar dan dalam negara lebih memilih negara kita sebagai destinasi pelancongan mereka. Hal ini demikian kerana Malaysia merupakan negara yang tersenarai sebagai sebuah negara yang aman, damai dan harmoni. Sekali gus, Malaysia juga merupakan satu-satunya negara yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan tinggal di bawah satu bumbung yang sama. Namun persoalannya adalah apakah sebenarnya kepentingan sektor pelancongan kepada rakyat dan juga negara kita?
Salah satu daripada kepentingan sektor pelancongan ialah kita dapat mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia. Hal ini berlaku apakala, ramai penganggur lepasan siswazah, siswa serta Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak mendapat pekerjaan sejurus menamatkan pembelajaran di universiti mahupun sekolah menengah. Bahkan, peluang pekerjaan dalam sektor pelancongan ini dianggarkan hampir sejuta orang pekerja yang hendak diperlukan. Peluang pekerjaan yang heterogen dalam sektor pelancongan ini terdiri daripada bidang pembinaan tempat-tempat pelancongan dan perkhidmatan perhotelan. Oleh hal yang demikian, penganggur haruslah merebut peluang pekerjaan ini kerana yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Bukan sahaja, dapat mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia malahan menambah pendapatan rakyat yang sedia menganggur apabila mendapat pekerjaan. Rakyat yang mempunyai pekerjaan dan pendapatan secara tidak langsung mereka akan dapat menyara diri dan keluarga mereka. Hal ini sekali gus dapat menaikkan taraf hidup rakyat dengan pendapatan yang konkrit. Lantaran itu, rakyat perlu berusaha mendapatkan pekerjaan dengan memanfaatkan imperatif industri pelancongan untuk mendapatkan pekerjaan dan seterusnya memajukan industri pelancongan negara.
Selain itu,sektor pelancongan juga dapat meningkatkan ekonomi negara dari segi pengaliran mata wang asing masuk ke negara kita. Hal ini tercetus apakala, pelancong yang hadir dari luar negara terpaksa menukar mata wang asing mereka kepada mata wang ringgit Malaysia sebelum boleh berbelanja di negara kita. Pertukaran mata wang dapat dilakukan dengan mudah melalui proses pertukaran mata wang di bank tempatan mahupun di pusat pertukaran mata wang asing yang berada di Malaysia. Walau bagaimanapun, mata wang asing ini turut diperlukan dan disimpan untuk kegunaan ketika negara membiayai perbelanjaan mengimport barang dari luar negara. Bahkan, peniaga mata wang asing dan juga pihak bank juga memperolehi faedah dan keuntungan daripada perniagaan yang dijalankan oleh mereka. Hal ini dapat dibuktikan kebenarannya melalui keuntungan entiti perniagaan yang diperolehi daripada perniagaan pertukaran mata wang asing yang dapat digunakan untuk membeli barangan keperluan asasi rakyat tempatan dari luar negara. Hal ini justeru bukan mudah untuk dipertingkatkan ke tahap iktisad yang kukuh namun dengan kekongkalikungan ramai pihak maka usaha ini akan terlaksana dengan mudah, Tegasnya, sektor pelancongan merupakan cerucuk iktisad yang paling utama dalam meningkatkan ekonomi negara.
Seterusnya, memang tidak dapat dinafikan bahawa sektor pelancongan dapat memperkenalkan budaya Malaysia yang mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri di pentas dunia. Hal ini demikian kerana Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan etnik seperti Melayu, India, Cina, Kadazan, Iban, Melanau dan sebagainya. Bagi membuktikan perkara contoh yang boleh diketengahkan ialah melalui adat resam, budaya dan cara pemakanan yang berbeza serta pemakaian baju tradisional juga yang berbeza mampu menarik minat pelancong asing. Adat resam di Malaysia telah diamalkan sejak turun-temurun. Senario ini sama persis peribahasa biar mati anak jangan mati bapak. Malahan, sektor pelancongan ini juga dapat mempromosikan warisan budaya yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Persembahan kesenian tradisional misalnya wayang kulit, makyung, dikir barat, ronggeng dan kuda kepang. Manakala, permainan tradisional seperti sepak raga, galah panjang, congkak, batu seremban dan lain-lain. Oleh itu, sektor pelancongan sememangnya dapat memperkenalkan budaya Malaysia ke seantero dunia.
Selanjutnya, sektor pelancongan juga dapat memajukan industri kraf tangan di Malaysia. Hal ini demikian kerana barangan kraf tangan rakyat diperbuat dengan halus dan teliti bahkan bermutu tinggi. Di samping, harga yang ditawarkan juga murah dan berpatutan yang mampu dibeli oleh pelancong. Sebagaimana yang kita sedia maklum barangan kraf tangan ini diperbuat daripada kain batik, seramik, kayu, perak, kaca, rotan dan kulit amat cantik dari segi reka bentuk dan sesuai untuk dijadikan ole-ole buat rakan atau keluarga mereka. Seterusnya, pelancong yang berminat dengan kraf tangan ini justeru akan membelinya sejurus melihat kepada reka bentuk dan harga yang murah. Kedatangan pelancong asing ke Malaysia bukan sahaja memajukan industry kraf tangan malah menjadi periuk nasi kepada pengusaha dan pembuat barangan kraf tangan ini. Bahkan, sempena Tahun Melawat Terengganu, industri pembuatan batik Terengganu semakin mendapat sambutan dan popular dalam kalangan pelancong luar. Dengan ini, sektor pelancongan sememangnya merupakan wahana penting untuk membangunkan dan memajukan industri kraf tangan di Malaysia.
Seiring dengan itu, sektor pelancongan membuahkan hasil dalam mempertingkatkan bidang perniagaan di Malaysia. Hal ini tercetus apakala, pelancong asing yang datang ke Malaysia memerlukan tempat penginapan, makanan, minuman, perkhidmatan pengangkutan, juru pandu pelancong dan sebagainya. Sementara itu, pelancong asing juga amat menggemari makanan tradisional Melayu, India,Cina dan masakan kaum lain yang heterogen dan enak-enak belaka. Pelancong asing hanya perlu memilih sahaja mahu menikmati makanan di mana, sama ada di medan selera, kedai, warung kampung, tepi jalan, mahupun di hotel bertaraf lima bintang yang berhawa dingin lagi selesa. Tamsilnya, bagi pelancong yang berminat untuk menikmati hidangan makanan laut di restoran yang didirikan secara terapung di atas air juga terdapat di Malaysia. Hal ini bakal membuatkan pelancong berasa nyaman dengan menghirup udara segar dan melihat panorama indah di tepi laut sambil menikmati hidangan yang dihidangkan. Bahkan, permintaan tinggi terhadap pusat-pusat penginapan juga giat dibangunkan bagai cendawan tumbuh selepas hujan terutamanya di kawasan bandar. Misalnya, di Malaysia pelancong diberi pilihan untuk menginap di hotel bertaraf lima bintang, resort atau homestay yang diberi pakej seperti Eco-Tourism Malaysia. Hal ini justeru membolehkan pelancong menginap dan mempelajari cara hidup masyarakat Malaysia seperti cara bertutur, berpakaian, makanan tradisional serta lain-lain lagi. Pendek kata, sektor pelancongan dapat memberi rezeki yang melimpah ruah kepada peniaga yang ringan tulang.
Sementara itu, sektor pelancongan turut dapat memperkenalkan Malaysia ke seantero dunia. Hal ini demikian kerana Malaysia mempunyai banyak tempat bersejarah yang boleh dilawati. Misalnya, bandar bersejarah yang terletak di negeri Melaka. Di Melaka, pelancong boleh melawati Kota A’ Famosa selain melihat Muzium Melaka serta tempat beriadah seperti Bandar Cowboy, Dunia Bintang Safari dan Dunia Air. Hal ini justeru sesuai untuk semua peringkat umur tidak mengira kanak-kanak, remaja mahupun orang dewasa. Tempat-tempat menarik seperti ini bukan sahaja bersejarah malah dapat menambahkan ilmu pengetahuan kepada pelancong dan beriadah bersama keluarga atau rakan-rakan. Persis peribahasa jauh perjalanan, luas pemandangan. Bahkan, melalui kejohanan perlumbaan kereta Formula 1 di litar Sepang sejak Sukan Komanwel 1998 dapat mempopularkan negara kita melalui tarikan pelancong luar yang merupakan peminat dalam sukan ini. Seterusnya, membuktikan bahawa Malaysia mampu menjadi tuan rumah bagi sukan berprestij dunia yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Konklusinya, sektor pelancongan amat efektif dalam memperkenalkan Malaysia ke seantero dunia dan sekali gus merealisasikan aspirasi Malaysia sebagai negara yang dinamis.
Tuntasnya, imperatif sektor pelancongan banyak memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada negara terutamanya dari segi pendapatan dan ekonomi negara yang stabil. Bahkan, rakyat Malaysia perlulah melakukan anjakan paradigma untuk memajukan negara terutama dalam sektor pelancongan. Hal ini adalah untuk imperatif Malaysia sendiri agar sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara yang membangun. Namun demikian, komitmen menyeluruh semua pihak amatlah membantu untuk mengembangkan industri pelancongan negara kita. Dengan kata lain, agar Malaysia dikenal di seluruh pelosok dunia mahupun global. Malah, kita harus menggunakan kelebihan yang ada di negara kita dengan sepenuhnya supaya negara kita menjadi pusat pelancongan yang terkenal di dunia. Bahkan, rakyat Malaysia patut berbangga dengan pencapaian negara sehingga kini. Generalisasinya, rakyat yang berbilang kaum walau bagaimanapun harus bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menjulang nama Malaysia ke puncak jagat.
KOSA KATA MENARIK: 
Imperatif = penting, mesti dipatuhi, memerlukan perhatian segera
Heterogen = pelbagai, berbagai
Entiti = mempunyai kewujudannya yang tersendiri
Iktisad = ekonomi
Kekongkalikungan = bersekutu
Senario = urutan peristiwa
Sentero = seluruh, segenap
Wahana = alat
Dinamik = bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian serta 
                 menerbitkan pembaharuan dan kemajuan.
Aspirasi = keinginan yang kuat, cita-cita
Anjakan Paradigma = peralihan atau perubahan daripada sesuatu keadaan
Generalisasinya = kesimpulan umum

-2013-

3 January 2020

Review Shampoo Botaneco Garden

Oh noo~

Ku sangkakan panas berpanjangan,
Rupanya gerimis,
Rupanya gerimis, mengundang,
~~ Ha~ ha~ haaa *suara zamani*


Awal sem haritu dah niat nak cuba Shampoo tanpa ada paraben, SLS atau sebarang bahan kimia yang merbahaya, aaaagiteuww. Aku pun cubalah untuk berapa bulan ni dan guna sampai habis. Malangnya, tak sesuai dengan aku wehhh. Sebab jadi.....

1. Rambut macam singa.
2. Rambut kering.
3. Tak wangi sangat
4. Tak bantu dalam masalah rambut gugur

Maka aku pun gigih habiskan juga Shampoo ni sebab sayanggg. Sejenis aku kalau dah beli memang kena guna juga sampai habis, yela kita beli pakai duit kan. Maka guna jelah jangan membazir. Menurut kata hati kecilku........(Nadiah, 2020).

Kalau korang nak cuba, cubalah. Sebab kadang Shampoo ni ikut kepada keadaan rambut masing-masing. Macam perumpamaan rambut manusia sama hitam tapi hati lain-lain. Aaaaa lebih kurang gitulah. Yelahh, kadang orang tu pakai okay. Kita pakai tarak okey. So cubalah selagi mana ianya sesuai, maka teruskan sajaaa. Jangan menggatal nak tukar Shampoo macam aku ni.

Aku bagi rating 5/10 sori awak.

Semalam Sepagi Bersama Rogeeeeee...

Assalamualaikum, korang, apa khabar sihat? 

Harini aku nak share sikit pasal sleepover rumah member baik aku. Siapa lagi si Noraini dan Shazatul a.k.a  Atul Mysterio. Kenal Mysterio? Kalau korang tak kenal korang bukan sezaman dengan WWE lerr dedulu. Haha. Apa susah GOOGLE kan ada, taip je mesti dapat tahu siapa tu. 

Waktu cuti mid semester selama seminggu tu, Atul dan Noraini pelan untuk tidur dekat rumah Noraini. Aku ni pulak sejenis ONZ SAJA. Tambah lagi, kalau outing dengan dua ketui ni. Sebab dalam setahun boleh dikatakan hanya dua atau tiga kali je kami luangkan masa sama-sama. Selebihnya hanya contact melalui Whatsapp. 

Malam tu lepas isya' kami pergi tengok wayang. Sebenarnya rancang nak pergi pesta makan-makan~~~~ tapi sebab tengok jadual wayang filem tamil tu mula pukul 9. Maka kami batalkan jela niat untuk makan-makan~~. Malam tu pula merupakan malam Deepavali jadi aku setuju la nak tengok wayang filem tamil sebab saja lah nak cuba tengok suasana dalam panggung wayang yang dipenuhi rata-ratanya kaum India. Tapi, ada je beberapa orang Melayu yang datang. Paling sempoi ada seorang akak ni dia gi tengok wayang sensorang je. Layan habis sambil makan popcorn.

Ulasan Aku Tentang FILEM BIGIL (Vijay) 😍

Aku bagi rating 20 out 10. Best sangat. Kelakar, sedih & pada masa yang sama bantu kita untuk lebih bermotivasi menghadapi hari hari yang mendatang👍. Ni 1st time tengok wayang cerita tamil tapi memang berbaloi-baloi. Filem ni jua khas dedikasikan kepada kaum wanita juga sebenarnya, nak tekankan yang wanita pun tiada halangan untuk capai cita-cita. Siapa yang suka bola pun memang best la tengok. Terbaik !
Sinopsis:
1. Ayah dia gangster yang gagap, tapi anak pemain bola (Bigil)
2. Bigil tak dapat nak tunaikan ayah hasrat dia untuk dapatkan 'cup' (piala bola).
3. Bigil layak ke final perlawanan bola untuk mewakili negara tapi tak dapat nak sertai sebab ayah dia terbunuh.
4. Bigil nak tunaikan hasrat ayah dia melalui pertubuhan pasukan bola sepak wanita yang dia sendiri bantu dari segi kewangan, pemilihan pemain etc
5. Kebanyakan pemain bola sepak wanita ni terdiri daripada pelajar yang susah dan putus harapan nak hidup.

Sumber: Facebook Nadiah Shukor kalau korang add Nadia lain... Maka tak jumpa la Nadiah Shukor. Its Okay. Anggap je bukan jodoh. Ngeee 😬

Amacam ada gaya kekasih Vijay tak? oppss. 

Kanan Minah Rogee dan kiri Minah MysterioOO, in da house.. Yey.. yeahhh!!